TICKER

Saturday, December 30, 2017

Makanan Kucing Daripada Royal Canin

Makanan Kucing Daripada Royal Canin | Assalamualaikum.. baru sempat nak update pasal makanan kucing yang Cik Ash dapat sample aritu.. hahahahha.. gini la bila mood menaip dah datang ada jer la yang nak ditaipkan..

makanan kucing

Cik Ash dah lupa request sample Makanan kucing daripada Royal Canin ni bila sebab Cik Ash ni bab barang free request bila nampak free hahahaha..bila dapat request aritu dapat mesej kena pergi tebus dekat kl.. hahahaha jauhnya tak berbaloi langsung la.. fikir tak ada rezeki juga mula-mula tu. 

Lama gak menunggu tu tertengok ada sampai itu kak ipar yang kata ada barang sampai duk dekat pagar posman tak muat nak masukkan dalam peti surat la tu.. nasib baik la kak ipar perasan masa tu kalau tak memang tak taw ada surat.. 

Cik Ash ini pelik apa benda la bersampul putih ni tertiba sampai nak kata beli barang ke apa tak ada pun.. buka-buka sampul tu terkejut tengok wahhh makanan untuk mekcik la bertuah mekcik dapat gak merasa makanan kering daripada Royal Canin.. Cik Ash campurkan dengan makanan sedia ada untuk bagi dia try.. nampak makan berselera sangat.. hihihihi.. boleh cuba untuk ubah selera dia nanti ni..

Ok la itu jer cik ash nak bagitaw pasal makanan kucing jer pun hahahha.. apa la makanan kucing nak cerita kat blog kan biasa la blog untuk meluahkan apa yang datang daripada hati kita untuk menulis.. hihihihi.. ok la jumpa lagi..

3 comments:

  1. makin sihat makin mok mok laaa kucing kesayangan tu nanti...

    ReplyDelete
  2. Ramai kata makanan royal cannin bagus untuk kucing. Terbaik kak Cik Ash. :)

    ReplyDelete
  3. royal cannin ni mahal kan.. tapi bagus utk kucing

    ReplyDelete