Wednesday, June 30, 2021

Astro Bagi Siaran Percuma Untuk Pelanggan Astro Bermula 1 Julai Hingga 14 Julai 2021

 Astro Bagi Siaran Percuma Untuk Pelanggan Astro Bermula 1 Julai Hingga 14 Julai 2021 |Assalamualaikum...Hai, terima kasih korang sudi membaca blog Cik Ash ni, Cik Ash ada berita baik buat pelanggan Astro suka apa yang Cik Ash nak kongsikan ini.





Di sebabkan beberapa isu berikutan gangguan siaran yang berlaku dalam beberapa hari sebelum ini, Astro hari telah mengumumkan akan melaksanakan Complimentary Viewing ataupun tontonan percuma bagi semua pengguna Astro bagi beberapa siaran bermula 1 Julai hingga 14 Julai 2021 selama 14 hari.


Sebagai menghargai perhargaan kepada orang ramai yang bersabar sepanjang tempoh pembaik pulih berkenaan, Antara saluran percuma yang terpilih adalah seperti berikut :- 


  • HBO (CH 411)
  • CINEMAX (CH 412)
  • TVN Movies (CH 416)
  • HITS Movies (CH 401)
  • FAM Movies (CH 400)
  • Astro Box Office BOLLYONE HD (CH 251)
  • BOO (CH 404)
  • OH! K (CH 394)
  • TVN (CH 395)
  • WB Tv (CH 712)
  • FX (CH 713)
  • Crime Investigation (CH 714)
  • HGTV (CH 715)
  • DMAX (CH 716)
  • MTV (CH 718)
  • ANIMAX (CH 719)
  • Cartoon Network (CH 615)
  • Boomerang (CH 619)
  • Nickelodeon (CH 616)
  • Nick Jr. (CH 617)
  • Ta-Daa! (CH 612)
  • National Geographic (CH 551)
  • Discovery (CH 552)
  • Asia Discovery (CH 553)
  • Discovery Science (CH 554)
  • History (CH 555)
  • Animal Planet (CH 556)
  • BBC (CH 512)
  • AlJazeera (CH 513)
  • Sky News HD (CH 514)
  • CNA (CH 515)
  • CNBC (CH 516)
  • Bloomberg Television (CH 517)
  • ABC Australia (CH 518)
  • Astro Awani (CH 501)
  • Bernama (CH 502)
  • CGTN (CH 503)

 

Rasa Cik Ash dah kali kelima Astro bagi percuma tayangan ni, selamat menonton siaran percuma ini buat pelanggan Astro. 


Baca Artikel Berkaitan :-

👉 Astro Bagi Siaran Percuma Untuk Pelanggan Astro Bermula 1 Februari Hingga 14 Februari 2021

👉Astro Bagi Siaran Percuma 29 September hingga 13 Oktober 2019

👉Astro Bagi Siaran Percuma 30 Ogos hingga 17 September 2018

👉Astro Bagi Siaran Percuma 3 November hingga 17 November 2017


Tuesday, June 29, 2021

Terima Kasih Top Comment Blog Cik Ash

 Terima Kasih Top Comment Blog Cik Ash | Assalamualaikum... Hai, dah agak lama Cik Ash tak buat entri khas untuk top comment dekat blog ni, last pada tahun 2018 la tu hahaha, lama sungguh. Kalau tak silap Cik Ash lepas pada Cik Ash balik kampung 2018 sebab ada hal kecemasan tu Cik Ash dah stop buat entri ucap terima kasih kepada yang sudi meninggalkan ruang komen dekat blog ni. 


top comment


Blog pun update bila ada kerajinan, sejak bercuti lama pada bulan July 2018 aritu dekat 2 minggu juga masa tu Cik Ash berkampung dekat Kelantan nak pastikan kesihatan aboh masa tu beransur pulih alhamdulillah kesihatan aboh dah pulih baru la Cik Ash pulang dekat Kedah. Tu pun masa nak tinggal rasa sedih sangat sebab bila balik Kedah entah bila pulak boleh balik. Raya jer kalau dapat balik boleh cuti panjang. 


Taip entri ini bukan apa sebab rindu dekat kampung halaman dekat 2 tahun dah tak balik kampung disebabkan pandemik covid-19 ni, pada tahun 2020 ada peluang boleh balik Cik Ash tak dapat balik kebetulan semasa tu ibu mentua baru keluar wad tak kan Cik Ash nak paksa suami balik tinggalkan Mok dia mesti la kena berkorban juga walaupun sedih tak dapat jumpa aboh dan ma. 


Entah bila dapat berjumpa dengan aboh dan ma, sampai Cik Ash boleh berkata dalam hati balik jumpa bawa balik cucu dah besar hahaha berangan tak sudah Cik Ash. Mana tahu Allah nak bagi rezeki pada bila-bila masa yang tepat kan. Hanya mampu berdoa semoga ada rezeki nak dapat zuriat dari rahim sendiri. 


Eh terlebih bercerita bab Cik Ash pulak, sebenarnya entri ni nak ucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang sudi meninggalkan komen di ruangan komen ni. Antara mereka yang banyak memberi supoort dekat blog Cik Ash ni.  Mereka yang bertuah adalah seperti di bawah ni 



Ok la korang jumpa lagi, nanti Cik Ash update lagi dekat blog kalau masa peluang waktu yang free insyaAllah akan luangkan masa untuk menulis entri dekat blog ni. kepada pemenang sebagai tanda terima kasih buat korang Cik Ash sediakan hadiah sijil perhargaan buat korang, diharap sudi la menerima hadiah yang tak seberapa ni ya. 













Monday, June 28, 2021

Drama Budak Tebing 2 Di Slot Lestary

 Drama Budak Tebing 2 Di Slot Lestary | Assalamualaikum, Hai korang, korang ada tengok tak drama Budak Tebing yang disiarkan pada tahun lalu di TV3, Drama itu mengisahkan realiti sebenar kehidupan anak muda di tebing. 


budak tebing



Selepas drama ini mendapat sambutan kini drama ini kembali lagi menemui penonton Budak Tebing 2. Lagi menarik musim terbaru ini akan ada beberapa kejutan yang korang tak akan sangka akan berlaku. Jom baca detail mengenai drama ini dekat bawah.


Pengarah dan Terbitan Produksi

Drama ini diarahkan oleh Feroz Kader, serta diterbitkan oleh syarikat produksi Country Universal Sdn Bhd. Budak tebing 2 telah bersiaran pada 18 Jun 2021. Setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary. Sebanyak 13 episod.


Pelakon Drama Budak Tebing 2

Drama bersiri sebanyak 13 episod ini mengandingkan pelakon Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Syafie Naswip, Imran Aqil, Zarina Zainuddin, Nellisa Nizam. 


Sinopsis Drama Budak Tebing 2

Drama Budak Tebing 2 ini adalah kisah kesinambungan musim pertama dimana Tongki, Arif dan Talam terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing setelah gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering disabotaj, manakala Arif menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba. 


Laura membuat keputusan tidak ke London dan cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua orang kanak-kanak gelandangan dan akhirnya membawa pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.


Tonton Drama Budak Tebing 2 

Bagi anda yang tidak berkesempatan nak menonton drama Budak Tebing 2 ini korang boleh menontonya menerusi laman web IQyi secara online dan percuma. Korang boleh klik butang disediakan di bawah ini untuk menonton episod penuh drama ini.


👉 Tonton Drama Budak Tebing 2

Sunday, June 27, 2021

Filem Wish Dragon Di Netflix

Filem Wish Dragon  Di Netflix| Assalamualaikum... Hai, lama dah Cik Ash tak update pasal filem yang best dekat blog ni. Baru-baru kebetulan suami Cik Ash cuti kerja ambik peluang layan filem di Netflix, cerita yang Cik Ash layan ni adalah filem Wish Dragon Animasi daripada China. Hiburan untuk seisi keluarga  sesuai dengan keadaan sekarang kena bila duduk dirumah kan. 


wish dragon

Filem ni menceritakan tentang persahabatan dan kasih sayang keluarga. Semasa kami menonton filem ada part-part yang lucu memang kami suami isteri asyik ketawa jer hahaha, cerita ini memang lucu yang paling best pulak boleh alihkan bahasa melayu kiranya filem Wish Dragon ada versi cakap Bahasa Melayu lagi best layan. Cerita ini diadaptasi dari dongeng Cina. 


Sinopsis Filem Wish Dragon

Cerita ini mengisahkan seorang pelajar kolej bernama Din yang berkerja sebagai budak penghantaran bungkusan. 


Din sangat berharap dapat bertemu kembali dengan sahabat baik semasa kecilnya iaitu Lina. Sambil mengagumi paparan iklan yang memaparkan foto Lina, Din terkejut melihat teko hijau bergerak dengan sendirinya.


Nampaknya, seekor naga bernama Long keluar dari Teko. Long memperkenalkan diri sebagai jin naga yang terjebak dalam teko itu selama ratusan tahun dan ia berkata dapat mengabulkan tiga permintaan dari sang pemilik teko.


Suatu hari, Din meminta Long ingin berjumpa dengan Lina. Namun, Long sendiri menegaskan bahawa dia tidak dapat membuat orang lain jatuh cinta.  Adakah Long akhirnya akan mengabulkan permintaan Din?  Nak tahu apa kisah cerita Wish Dragon korang boleh menonton tayangan di Netflix.


Pelakon suara:Aaron Yoo, Alexandre, Chen, Alyssa Abiera, Bobby Lee, Constance Wu, lan Chen, Jimmy O. Yang, Jimmy Wong, John Cho, Max Charles, Natasha Liu Bordizzo, Ronny Chieng, Will Yun Lee.


So kepada korang  cerita ni best untuk ditonton oleh seisi keluarga, Cik Ash rasa tak puas lagi tengok nanti nak layan lagi la hahaha, best pulak layan-layan filem animasi kan. 

Wednesday, June 23, 2021

Pelakon Kanak-Kanak Malaysia

 Pelakon Kanak-Kanak Malaysia | Assalamualaikum...Hai korang semua apa khabar lama tak coret-coret dekat blog last entri pada 13 Jun aritu hahaha, nampak sangat malas nak menulis entri dekat blog, mujur pagaviews dekat masih ok disebabkan entri-entri lama ada yang cari. 


childhood
                                           Kredit gambar ig Syafie Naswip


Sebenar hari ini Cik Ash update entri dekat blog nak kongsikan dengan korang semua mengenai antara-antara pelakon-pelakon zaman-zaman kanak-kanak yang mesti ada korang rindu nak tengok lakonan mereka tak ,macam Cik Ash ingat pelakon dalam tentang bulan, cili padi dan ramai lagi.


Tahniah diucapkan buat kerana usaha beliau mengumpulkan senarai pelakon kanak-kanak zaman kegemilangan mereka di intagram beliau kalau nak tengok boleh la pergi usha instagram stories antara pelakon kanak-kanak yang pernah mewarnai industri tanah air kita pada zaman kegemilagan mereka. Cik Ash tengok stories instagram Syafiq semua dan besar dah ada  berkahwin dah anak dah, terasa diri ni dah semakin tua hahhaha. 


Di dalam status instagram syafie ada mengatakan impian beliau untuk menyatukan kesemua pelakon kanak-kanak di dalam satu filem, series ataupun supertele, semoga Allah mendengar doa syafie suatu hari nanti. aamiin.


Baca Juga 👉Wajah Terkini Pelakon Bolloywood Mohabbatein


Ok la korang semua itu jer nak bagi tahu kalau korang masih ingat siapa pelakon kanak-kanak yang korang pernah tengok lakonan mereka semua, kalau ada sila komen dekat bawah ni hihihi.

Sunday, June 13, 2021

GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious

 GIVEAWAY SAMBAL BILIS PEDAS - d' SAMBAL licious | Assalamualaikum, dah lama tak Join giveaway dekat blog ni, so hari ini Cik Ash ambil peluang untuk blogger kita yang ada buat giveaway untuk memperkenalkan produk yang beliau jual iaitu sambal pedas.


Sambal


Syarat untuk Join pun mudah korang yang nak Join boleh la ke blog Klik Join Giveaway  Hadiah untuk pemenang akan mendapat 1 botol sambal ni, 3 pemenang di cari mana tahu salah seorang tu korang , rezeki kan. Jom memeriahkan giveaway ni kita bantu sesama blogger bagus dapat mengenali blogger kan. 


Cik Ash doakan semoga perniagaan Fairus amat dan isteri dipermudahkan segalanya, semoga perniagaan sambal ini maju dan dikenali ramai. Aamiin.

Cepat pergi join giveaway ni korang sempat lagi nak Join tarikh tutup penyertaan pada 15 Jun 2021. Ok la Cik Ash undur diri dulu, jumpa lagi nanti, 

Thursday, June 10, 2021

Buat Lempeng Dengan Sambal Sardin

 Buat Lempeng Dengan Sambal Sardin  | Assalamualaikum, bila suami cuti banyak hari ni duduk di rumah #dapurcikash beroperasi pagi, tengahari, petang kadang tu malam. 





Hari ini Cik Ash terlebih rajin buat menu makan tengahari  lempeng , sambal sardin dan air teh beng. Hihihi.





Petang dalam pukul 4 petang masak menu apa tidak terfikir lagi, biasa tukang masak ni nak masak menu last minit tengok ada barang dalam peti ais dulu. Mujur suami ni makan jer isteri nya masak alhamdulillah. 


Untuk menu malam tak tahu lagi nak makan apa, suami tak request lagi, nanti cik Ash update menu apa ya. Update belah tadi tumis peria, sambal sardin yang lebih makan lempeng dan telur dadar. Gambar tak sempat nak snap hahaha.


Ok la jumpa lagi masak lempeng dan sambal sardin nak cerita dekat blog juga ke, saja-saja nak nampak blog ni aktif berbicara tak nak sunyi tanpa entri kan hihihi. 


Monday, June 7, 2021

Drama Masih Ada Rindu Di Slot Akasia TV3

 Drama Masih Ada Rindu Di Slot Akasia TV3 | Assalamualaikum, Drama yang di adaptasi daripada novel karya Mimie Afinie . Drama masih ada rindu ini menampilkan gandingan Mimi Lana dan Farid Kamil sebagai tunggak utama. Drama bersiri Masih Ada Rindu akan disiarkan sebanyak 16 episod, mulai ditayangkan pada 2 Jun 2021. 


MAR



Pengarah Dan Terbitan Produksi 

Drama ini diarahkan oleh Osman Ali dan syarikat produksi Nuansa Sdn Bhd.


Pelakon Drama Masih Ada Rindu 

Drama ini mengandingkan pelakon Farid Kamil dan Mimi Lana sebagai watak utama, turut dibantu oleh pelakon lain iaitu  Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina, Fenn Azia, Mia, Miny Ghazy.


Sinopsis Drama Masih Ada Rindu 


Drama ini mengisahkan Nurul Syafika telah mendirikan rumahtangga bersama Luqman Hakim walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha. Namun kebahagian mereka hanya sekejap, Hakim pergi meninggalkan Syafika buat selamanya. Tanpa diduga, selepas pemergian Hakim barulah Syafika menyedari dirinya berbadan dua. 


Kelahiran anaknya, Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan ini dikongsikan bersama ibu mentuanya, Hajah Noraini dan Luqman Hadi yang telah jatuh cinta kepada adik iparnya itu. 


Hadi menyatakan perasaan kepada Syafika. Namun Syafika masih belum pasri perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam. 


Suatu kejadian membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi.

Sunday, June 6, 2021

Buat Laksam Lemak Sempena Annivesary

Buat Laksam Lemak Sempena Annivesary | Assalamualaikum, Hai, baru nak kongsi dekat blog ni, biasa la sekarang dah kurang mood nak mengadap segala media sosial, banyak duduk buat aktiviti lain dekat rumah ni, aktiviti menjahit hahaha, dapat hasilkan seluar tu pun gigih jahit guna tangan akibat nya tangan pun sakit hahaha. 


Annivesary


Benda dah lepas pada 29 Mei 2021 aritu Cik Ash terlebih rajin nak buat menu yang special la bagi Cik Ash  buat laksam lemak kelantan ni ambik masa berjam-jam jugak nak boleh siapkan semua. Tengok barang dalam peti ais semua dah ada tu yang on nak buat laksam, start dari pukul 3 petang siap semua dalam pukul 7 lebih-lebih gitu. buat laksam khas sempena annivesary perkahwinan Cik Ash yang ke 7 tahun. 





Alhamdulillah 7 tahun tempuhi alam rumahtangga yang penuh dengan cabaran dari awal kahwin sehingga sekarang selalu di uji, Cik Ash tahu Allah uji tanda sayang dekat kami suami isteri. 


Semoga perkahwinan kami suami isteri kekal hingga akhir Jannah semoga dipermudahkan urusan kami dan semoga kami dikurniakan zuriat di masa akan datang insyaallah, Allah dah tentukan pada masa yang tepat untuk kami menerima zuriat nanti.


Resepi laksam lemak Cik Ash pernah kongsi dekat blog ni semasa buat aritu dibantu oleh suami, untuk kali Cik Ash buat seorang jer, gigih usaha siap kan sampai time waktu suami balik kerja masa tu. Alhamdulillah kenyang perut kami bertiga malam tu makan laksam ni. 


Ok la korang semua Cik Ash undur diri dulu ya, nanti kalau ada kerajinan insyaallah akan update blog ni.