Friday, February 24, 2023

author photo

 Drama Imam Instant Ustazah Scammer |Assalamualaikum...Hai lama tak kongsi pasal drama dekat blog ni, ni ada drama terbaru yang akan menemui anda di Astro Ria pada 5 Mac 2023 jam 9 malam. Siapa peminat Mira Filzah ni mesti dah lama rindu nak tengok lakonannya kan. Gandingan Mira Filzah dan Hun Haqeem,mesti ada yang rindu nak tengok Mira Filzah berlakon kan.


Imam Instant Ustazah Scammer


Info Drama Imam Instant Ustazah Scammer

Episod: 9
Tarikh Tayangan: 5 Mac 2023
Waktu Siaran: Ahad 9:00 malam
Rangkaian: Astro Ria 
Pengarah: Hadith Omar
Produksi:Zeel Produstion Sdn Bhd
Pelakon: Mira Filzah, Hun Haqeem, Mierul Aiman,Rozita Che Wan,Dato Jalaudin Hassan,Azza Elite.


Sinopsis Drama Imam Instant Ustazah Scammer 

Kisahnya bermula Effa sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya untuk membayar hutang. Dia asyik dikejar ahlong, dia nekad melarikan diri ke Kampung Ramadan dan telah bertemu dengan Imam Asyrat, seorang influencer yang viral kerana alunan suara ketika mengajinya yang cukup merdu. 

Iman Asyraf telah dilantik oleh Tok Jamlus untuk menjadi imam sepanjang tarawikh Ramadan ini. Kehadiran Effa ke kampung itu membuatkan Asyraf mula mengesyaki sesuatu.


Apa bakal terjadi nanti kena saksikan sendiri la drama ni, masa Cik Ash tengok tayagan perdana nampak macam best drama ni, mesti ada lawak-lawak yang boleh kita buat tersenyum sekejap bila tengok dua pelakon di gandingkan bersama untuk pertama kali. Tak sabar nak tengok drama ni. 

1 komentar:

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post