Tuesday, January 27, 2026

author photo

 

Assalamualaikum... Sebagai suri rumah, masa untuk diri sendiri tu kandang-kandang memang terhad. Dari pagi sampai malam urus rumah,suami dan kerja harian. Bila ada masa sikit, badan pun dah penat. Nak tengok drama panjang dekat TV, memang jarang sempat.

 

Sejak kebelakangan ni, saya mula kenal dengan aplikasi tengok short drama. Drama dia pendek-pendek saja, satu episod dalam beberapa minit. Tapi jalan cerita cepat dan terus masuk konflik. Tak perlu tunggu lama untuk faham cerita. 

 

Biasanya Cik Ash tengok short drama ni masa tengah rehat, tunggu masakan siap atau sebelum tidur. Genre cerita pun macam-macam - ada kisah rumah tangga,keluarga, bekas suami menyesal, konflik mertua dan percintaan. Ada yang buat kita senyum, ada juga yang buat kita geram dan tersentuh. 

 

Kebanyakan aplikasi short drama ni ada episod percuma. Lepas tu boleh sambungsama ada tengok iklan atau buka episod berbayar. Cuma saya sendiri kena ingatkan diri supaya tak terlalu leka, sebab bila cerita dan best memang rasa nak tengok sampai habis.

 

Secara keseluruhan, aplikasi tengok short drama ni jadi hiburan ringkas untuk lepaskan penat. Tak ambil masa lama, tapi cukup untuk beri sedikit ketenangan dalam rutin harian sebagai suri rumah. Aplikasi yang Cik Ash install ni percuma iklan pun ada tak lama boleh layan sampai episod penuh. 

 

 


 

1. Melolo - aplikasi ni bagi Cik Ash paling best guna sebab percuma ada jer iklan ada jer tapi sekejap boleh layan drama sampai full episod. Tapi kalau cerita drama kebanyakan terhad kalau yang popular viral tak ada dalam ni. Drama dalam ni semua sama jalan cerita kalau nak tengok santai-santai boleh jer. 

 


 

2. FreeReels - Aplikasi ni pun ada juga iklan bagi Cik Ash boleh la setakat nak layan short kat sini ada yang bercampur selain drachin dan lain-lain ada. Iklan dekat aplikasi kat sini tak lama pun, kat sini kita boleh klik coin banyak boleh tebus untuk tengok episod yang kunci tu. 

 

                                  


This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

This Is The Newest Post
Previous article Previous Post