Friday, July 20, 2012

author photo

7 Ramadan – Slot Samarinda TV3

sinopsis pelakon drama 7 ramadan slot samarinda tv3



Antara pelakon yang terlibat dalam drama 7 Ramadan ini adalah: 


Elly Suriati (Sufiah),

Fir Affandi (Ramadhani)

Ana Dahlia (Anna)

Tania Zainal

Mustapha Kamal

Sherry Abdullah

Nabila Huda (Sufiah sewaktu zaman muda)

Roy Azman (Mustaza)



Berikut adalah sinopsis pendek drama tersebut:

Mengisahkan tentang Sufiah yang sentiasa menerima pelbagai dugaan dalam hidupnya. Semasa mudanya Sufiah telah bercinta dengan Mustaza dan hidupnya telah dirosakkan oleh Mustaza sehingga dia melahirkan anak luar nikah yang bernama Iqram pada tarikh 7 Ramadhan. Mustaza selalu memaksa Sufiah menjadi pelacur untuk meneruskan kehidupan mereka.

Pada satu ketika, Sufiah dan Mustaza telah bergaduh dan Mustaza telah mencampak anak mereka Iqram sehingga meninggal dunia. Selepas kejadian itu, Sufiah bekerja di rumah anak-anak yatim. Dia telah mengambil anak angkat yang bernama Ramadhani (Fir Affandi).

Sufiah terpaksa menerima dugaan lagi apabila anak angkatnya Ramadhani menjadi anak yang tidak mengenang budi apabila dewasa. Sehinggakan Dhani melakukan pelbagai pembohongan demi menjaga nama baiknya.

Bagaimanakah kesudahan pembohongan Dhani itu? Saksikan kesudahannya Setiap Selasa, Rabu jam 10:30 dan Khamis pada jam 9:30 malam bermula 19 Julai 2012!



This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post