Friday, August 21, 2020

Drama Thailand Yang Best Untuk Di Tonton

Drama Thailand Yang Best Untuk Di Tonton | Assalamualaikum... Sepanjang Cik Ash menyepikan diri daripada blog ni bukan apa sekarang rasa dah kurang dah nak menulis disebabkan  bila ada perassan MALAS dalam diri nak buka blog. 


Drama Thailand Yang Best Untuk Di Tonton

Tetapi dalam Cik Ash menyepikan diri dekat blog ni Cik Ash sibuk dengan urusan rumahtangga macam-macam kerja surirumah kena buat kan, sentiasa tak habis kerja rumah ni, hihihi. Ni belum ada anak lagi dah sibuk kalau ada anak maybe terus tak ada masa nak menulis hahaha. Lagipun sejak mak mentua Cik Ash sakit aritu mood nak menulis dah berkurang. Kerap sangat masuk wad sepanjang musim PKP aritu nak berikan tumpuan balik susah sikit kan. 

Eh terlebih pulak Cik Ash bercerita pasal peribadi dalam entri ini, sebenarnya Cik Ash nak berkongsi dengan korang koleksi Drama Thailand yang best untuk di tonton di masa lapang kalau korang seorang peminat drama thailand boleh tengok senarai di bawah ni berserta dengan sinopsis dikongsikan di bawah ni.



Sinopsis Drama The Crown Princess

Drama The Crown Princess ini megisahkan seorang puteri dari negara kecil yang setelah pertabalannya menjadi bahaya. Untuk melindunginya mereka menghantarnya ke Thailand dan seorang tentera laut menjadi pengawalnya. 

Leftenan Davin (Nadech Kugimiya) adalah pengawai Pasukan Khas Laut. Dia adalah ketua pasukan D-Team, yang tidak tinggal selama bertahun-tahun sehingga hari pertama percutianya di pulau terpencil. 

Sebaliknya, Puteri Alice ( Sperbund Urassaya) terbunuh di laut. Ombak membawa badanna ke sebuah pulau gurun. Antaranya Davin mendapati mayat Puteri Alice terbaring di pantai. Dia memberikan nafas buatan, tetapi Alice salah mengira serangan itu dan menampar wajahnya. 

Setelah berdebat panjang, Davin akhirnya mengetahui latar belakang Alice setelah banyak soalan. Tetapi pertama kali dia mendengarnya, Davin segera ketawa dan membiarkan Alice pergi. 

Alice cuba mencari jalan kembali ke pantai atau mencari penduduk kampung lain untuk membantunya. Bagaimana kisahnya menarik tak kalau korang yang tengok cerita ini boleh pergi website dimsum.my. 



Sinopsis Drama Flower Ring

Drama ini mengisahkan cinta romantik berunsur komedi antara dua individu yang skeptikal terhadap perkahwinan, namun akhirnya menjadi sahabat di sebuah majlis perkahwinan. Siri komedi ini menampilkan Waenpetch, seorang editor majalah Lovely Family yang berstatus bujang manakala Laising pula, adalah pemilik kedai bunga. Drama ini dibintagi oleh dua pelakon terkenal dari Thailand iaitu Gypso (Ramita Mahapreukpong) dan Push (Puttichai Kasetsin). 

Berpengang kepada moto hidup "Kehiduoan bujang adalah yang terbaik," kedua-dua watak utama ini cuba membuktikan kebarangkalian cinta dan perkahwinan mampu terjadi di antara dua orang sahabat baik.Mampukah persahabatan mereka membawa ke alam perkahwinan? Kalau korang nak layan drama ni boleh tengok online di website viu.com dekat sana banyak cerita yang best-best hihihi. 



Ok la korang dua drama ini dulu Cik Ash kongsi nanti kalau ada drama Thailand yang baru Cik Ash akan update di entri ni ya. Jumpa lagi nanti. 

1 comment:

  1. Ada satu lagi drama baru kat TV3 ganti drama Flower Ring, best gak tau cik ash

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com