-->

TERBARU BY CIK ASH

Thursday, August 13, 2020

author photo
Redeem Voucher KFC Hasil Jawab Survey Rakuten Insight | Assalamualaikum... Lama menyepikan diri dari menulis blog sekarang ni, bukan apa sebenarnya niat untuk menulis ada jer tetapi bila buka blog tertiba tepu nak tulis apa. Hari ini try ambik mood nak karang entri dekat blog ni. Entri dah lama tersimpan dalam draf hihihi. Terima kasih kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Lagu OST Drama 7 Hari Mencintaiku 2.



Sebelum ini Cik Ash  ada kongsi hanya jawab survey dapat point kita boleh tebus duit dalam nilai Singapore Dollar. Selain duit kita juga boleh tebus voucher dan macam-macam lagi. Menarik tak bila dengar hanya jawab survey jer pun dah boleh dapat duit. Siapa lagi nak bagi kan. Kita kena berusaha mencari. Jangan malas kena rajin baru dapat. Jawab survey Cik Ash mengisi masa lapang Cik Ash sebenarnya. 

Masa mula-mula join Jawab Survey Rakuten Insight ni agak malas nak jawab survey ni selalu dah tamat tempoh hihihi. Tetapi sejak Perintah Kawalan Pengerakan ni terlebih rajin jawab survey sampai dah cukup point 3000 point tu cepat-cepat  cuba reedem voucher KFC ni. Reedem aritu dalam bulan 3. Ambik masa lama juga nak sampai disebabkan musim Covid-19 ni semuanya kerja terbengkala. 



Voucher KFC ni Cik Ash dah guna masa bulan 6 aritu pergi reedem menu kfc guna 3 voucher RM10. Kebetulan aritu premis KFC dah buka untuk orang makan di dalam premis Cik Ash dah suami dekat sana. Bila makan dengan suasana normal baru agak berlainan sangat nak kena SOP. Hihihi. 

Apa tunggu cepat-cepat la daftar Rakuten Insight Survey  untuk menjawab survey dan kumpul-kumpul point dan boleh tebus voucher ataupun lain-lain lagi. Selalunya undangan survey daripada rakuten satu hari dengan nilai point dalam 50-150 point per survey. Survey tersebut selalunya pertanyaan secara umum sehingga ianya sangat mudah untuk kita jawab dalam masa 5 hingga 15 minit.
your advertise here

This post have 0 komentar

Next article Next Post
Previous article Previous Post

Advertisement

Themeindie.com