Saturday, December 18, 2021

author photo

 Keputusan Penuh Pemenang Maharaja Lawak Mega 2021 |Assalamualaikum... Setelah 10 minggu berlangsung MLM2021 semalam terjawab sudah siapa Juara Maharaja Lawak Mega 2021.  Tahniah buat semua pemenang. 


MLM2021


Maharaja Lawak Mega 2021 Final telah berlangsung di Putrajaya Internatinal Convention Centre (PICC) turut disiarkan secara langsuing di Astro Warna  dan Astro Warna HD. Antara perserta yang bersaing untuk bergelar Juara MLM 2021 adalah Boro, Tiro, Puteh, Tobat dan Bahye. 


Untuk persembahan mereka malam ni bertemakan Muzikal & Bebas, bagi Cik Ash tengok siaran langsung rasa tadi agak kurang terhibur dengan tema bebas, ada kumpulan agak kurang bagi Cik Ash untuk gelak, tema muzikal adalah peningkatan untuk perserta ada juga terhibur dengan gelak mereka. Meriah dengan kehadiran Sang Bara ramai yang nantikan kemunculan Juri Tetap Sang Nara termasuk la Cik Ash, tekaan Cik Ash dari awal pertandingan Sharnaaz Ahmad sebab tengok cara bercakap beraku-aku. Mula-mula diberikan kejutan Sang Bara berselubung hitam keluar, ingat ke Sang Bara dah apa kemunculan pengantin baru Kamaladli hahaha, aduhaii Sang Bara ni, dekat last persembahan baru Sang Bara muncul akhirnya terjawab di sebalik Sang Bara iaitu Sharnaaz Ahmad. 


Keputusan undian peserta malam ni diadili dengan format pemarkahan yang mewakili 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus dari undian penonton. 


Keputusan Penuh Pemenang Maharaja Lawak Mega 2021


Juara - Tiro membawa pulang wang tunai RM500,000 berserta trofi. 


Naib Jura - Puteh membawa pulang wang tunai RM250,000 berserta trofi


Tempat Ke 3 - Boro membawa pulang wang tunai RM150,000 berseta dengan trofi.


Tempat ke 4 - Bahye membawa pulang wang tunai RM50,000 berserta dengan trofi. 


Tempat ke 5 -  Tobat membawa pulang wang tunai RM15,000 berserta dengan trofi.


Sebenarnya keputusan pemenang pada malam itu tekaan Cik Ash memang dah agak Juara milik Tiro sebab nampak pilihan Juri selalu bagi HA dekat kumpulan mereka. Dah tertulis rezeki buat Tiro, manakala Puteh Naib Juara. Tak lupa nak ucapkan tahniah kepada semua pemenang  lain. Bukan senang buat nak seorang pelawak nak memberi persembahan kepada penonton dan juri-juri selama 10 minggu nak bagi orang ketawa. Boleh dikatakan Cik Ash bukan peminat lawak-lawak tetapi disebabkan suami dan mak mentua minat yang join sekaki hihihi.


Ok la, update semalam lupa nak publish hahaha, so kita publish pagi ni jadi la ada juga blog update hihihi. Jumpa lagi nanti ada masa Cik Ash update ya.

1 komentar:

avatar
Kira Sakura delete January 5, 2022 at 9:08 AM

Lama dah tak layan MLM ni. yela rumah astro pun takda. harap tengok online jela

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post