Tuesday, October 17, 2023

author photo
 Drama Korea Behind Your Touch | Assalamualaikum...Hai, Drama korea ini boleh dikategorikan drama thriller komedi. Sebanyak 16 episode. 


Behind Your Touch


Drama Behind Your Touch memang sangat menghiburkan tak pasal-pasal Bong Ye Bun di gelara nama perempuan gatal oleh Detetive Moon seorang polis yang ditukarkan ke Kampung Mujin. Sebabnya asyik terkantoi bila Bong Ye Bun cuba nak pengang punggung crush dia Kim Seon Woo hahaha. 


Masa tengok drama ni memang kelakar asyik tergelak bila babak Be Yun nak pegang punggung haiwan tu hahaha, selepas berlaku pembunuhan bersiri tu la asyik duk teka siapa la pembunuh tu, semua watak dalam drama diteka hahaha. Ada babak yang kelakar, saspen dan plot twist yang tak terjangka. Kalau yang minat genre kelakar,pencinta haiwan dan minat jenis cerita penyiasatan boleh la menonton drama  korea ni. 



Sinopsis Behind Your Touch 
Mengisahkan tentang seorang doktor Veterinar, Bong Ye Bun yang dapat menguasai kuasa psychometry selepas terkena hujan meteor yang melanda Kampung Mujin semasa dia cuba merawat lembu milik penduduk kampung dekat situ. Kuasa psychometry ini membolehkan Ye Bun dapat melihat kejadian-kejadian yang berlaku bila disentuh punggung haiwan dan orang. 


Klinik Veterinar dia dari tak ada customer yang hantar haiwan peliharaan mereka untuk dirawat tiba-tiba ramai pulak customers yang datang ke klinik disebabkan kebolehan Bong Ye Bu. Ye Bun bila dah rasa seronok pengang punggung haiwan dan terjerbak nak cuba pulak pegang punggung orang. 


Dari gelaran perempuan gatal, tiba-tiba jadi Partner In Crime pulak selepas Detective Moon dah percaya akan kebolehan psychometry yang Bong Ye Bun dapat tu. Dengan peluang itu Detective Moon asyik ambik kesempatan je ke atas Bong Ye Bun bila ada jes kes mula la dia suruh Ye Bun pergi pegang punggung orang untuk disiasat. Tak cukup dengan punggung orang.


Ye Bun dah berjaya selesaikan kes-kes jenayah biasa dengan Detective Moon, Kampung Mujin tiba-tiba digemparkan dengan kejadian pembunuhan bersiri, di mana pembunuh tersebut disyaki adalah penduduk asal Kampung Mujin. Sampaikan semua disyaki pembunuh. 


Pelakon Behind Your Touch 
Han Jin Min
Lee Min Kin
Kim Sun Woo
Bae Ok Hui
Park Sung Yeon
Won Jung Muk
Jo Min Kook

This post have 6 komentar

avatar
mummy_ayu delete October 17, 2023 at 9:46 AM

dah dlm my list dah, tapi x start2 lagi

Reply
avatar
fanny_dcatqueen delete October 25, 2023 at 9:59 PM

Saya baru nonton eps 1 , dan sukaaa sangat. Dari awal pun udah kocak banget ceritanya 🤣🤣🤣. Tak sabar menghabiskan . Kliatan seru memang kak. Saya suka drama yg ada gabungan komedi dan thriller macam ni

Reply
avatar
Cik Ash delete October 27, 2023 at 7:36 PM

Kan gabungan komedi dan thriller best kan

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post