Wednesday, September 7, 2016

author photo
Drama Abang Bomba I Love You | Assalamualaikum, hai korang ekin harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Ini ada lagi drama adapitasi dari novel pulak yang akan mengantikan drama Si Kolot Suamiku yang akan bersiaran pada 12 September nanti setiap isnin hingga khamis di astro ria dan astro MAYA HD.




Sinopsis Drama Abang Bomba I Love You

“Kau membakar jiwa ini sehinggaku mengelupur kelecuran. Ia tak pernah sembuh biar arlogi masa kian berganjak. Ke seantero dunia kucuba berlari demi memujuk hati yang degil mencintaimu. Mungkin, masih kurang rasaku mencintai dirimu, berbanding dia.”—- Lily

“Sekuntum Lily tidaklah begitu menarik kerana warnanya pudar dan tidak indah dipandang. Pandang sekali cuma, tiada lagi pandangan kedua dan seterusnya. Namun, kesucian dan ketenangan yang dirasakan ketika menyentuh auranya membuatkan ia kembali diraih oleh mata yang pernah buta menilai keindahannya.
Setangkai Mawar yang mengamit sang pencinta untuk memuja keunikannya. Mekar mewangi, berseri-seri dan memanggil-manggil jiwa yang terpukau dek keindahannya. Durinya yang berbisa, sungguh melukakan.”—- Rayqal
Perkenalan Lily dengan Rayqal, seorang anggota bomba merapatkan hubungan mereka sebagai adik dan abang. Jasa baik Rayqal menyelamatkan nyawa Lily berkali-kali membuatkan Lily menganggap lelaki itu bagaikan superherodalam hidupnya. Lily sangat mengagumi kerjaya Rayqal dan teruja memandang lelaki itu sehingga sentiasa melakukan kejutan demi menarik perhatian lelaki itu. Namun, sayangnya Rayqal hanya menganggap Lily sebagai adik yang kurang perhatian dan kasih sayang keluarga.
Hubungan baik mereka terlerai tatkala Mawar, kakak kandung Lily dan Rayqal saling jatuh cinta. Mawar yang sememangnya mahu merampas segala kesayangan Lily kerana dendamnya, menyebabkan Lily patah semangat dan hubungannya dengan Rayqal rosak disebabkan fitnah yang Mawar lakukan.

Perkahwinan Rayqal dan Mawar yang bakal berlangsung membuatkan Lily membawa diri dan berazam melupakan cinta dalam arlogi masa. Salahkah seorang budak mentah jatuh cinta pada lelaki berkerjaya jika dia mampu memandu arah cinta itu? Mampukah Lily melupakan Rayqal, setelah sekian lama berkelana di bumi asing? Adakah kepulangannya mampu menghentikan gelora cinta di jiwanya?

This post have 20 komentar

avatar
el delete September 7, 2016 at 11:12 AM

hahaha kelakar lah tajuk depa tu ekin

Reply
avatar
Shikin Razali delete September 7, 2016 at 12:02 PM

Penulis novel nie memang seorang isteri kepada anggota bomba, tak silap saya dia seorang surirumah.. Dia dapat idea tulis novel nie sebab katanya orang tak nampak kerjaya bomba yang sebenar... Tapi dia buat versi cintan cintun la, ikut peredaran zaman... =)

Reply
avatar
Kira Sakura delete September 7, 2016 at 4:15 PM

dah agak dah. lepas sayangku kapten mukhriz mesti akan menyusul tajuk2 yang seakan dengan tu. bomba, jurutera nanti mekanik pulak ke ape ke. pilot ada dah kan kak ekin? huhuhu

Reply
avatar
Mummy Julia delete September 7, 2016 at 6:26 PM

mummy baru tgk iklan dia.. cam comel
je kan.. hehhee tak sabo tak sabo...

Reply
avatar
Mia Liana delete September 8, 2016 at 4:53 AM

tu la.. sekarang ni.. tajuk drama dah macam trend... lepas ni muncul semua jawatan.. hihihi kapten mukhriz tak sempat nak tengok.. huhuhu

Reply
avatar
Mia Liana delete September 8, 2016 at 4:54 AM

psssttt... Terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #25

Senarai peserta telah di update di http://www.mialiana.com/2016/09/senarai-url-blog-25.html

Semoga berjaya... (^_^)

- Mia Liana -

Reply
avatar
Alia Farhan delete September 8, 2016 at 6:54 PM

Mcm2 tajuk cerita skrg ni..
Hihi...
Comel ja tajuk2 dia

Reply
avatar
Nina Mads delete September 11, 2016 at 1:23 PM

hahahaha... kelakar tajuk2 novel skrg ni

Reply
avatar
Cik Ash delete September 21, 2016 at 10:22 AM

tu la kan.. pilot ada dah hihihihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete September 21, 2016 at 10:23 AM

macam2 jawatan akak ada novel nanti

Reply
avatar
Cik Ash delete September 21, 2016 at 2:29 PM

tajuk comel hero ok dah heroin macam xkenal sikit

Reply
avatar
Sha Mohamed delete September 26, 2016 at 10:26 AM

Adoi la ai.. Tajuk tu tak menahan.. hehehe

Reply
avatar
Jari Manis delete September 30, 2016 at 11:27 PM

suka layan lagu amira othman tu

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post