TICKER

Sunday, March 25, 2018

Sabun Anggun Pesona (JSD)

Sabun Anggun Pesona (JSD) | Assalamualaikum.. Hai korang semua, apa khabar, Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Dah lama sebenarnya Cik Ash guna Sabun Anggun Pesona ni. Baru nak sharing dekat blog ni.


Baru-baru ini Cik Ash santai-santai join teka teki dekat facebook tak sangka ada rezeki menang produk daripada JSD. Produk yang sedang popular di masa kini. Teruja sangat bila dapat Cik Ash menang sabun anggun pesona ni. 

Cik Ash dah guna habis sekotak sabun ni memang berpuashati sangat guna sabun ni sebab tak payah risau dah daki-daki di bahagian terlindung boleh hilang dengan menggunakan sabun ni. 

Cik Ash dah guna sabun ni masa first guna memang tak perasan perubahan sampai habis kotak tu baru taw sabun anggun pesona memang terbaik. Cik Ash menyental satu badan sepuas hati hilang segala daki yang di celah-celah hihihihi.. bab tumit kaki pulak jadi licin tak rasa keras sangat. Sabun ni boleh tahan selama sebulan lebih bergantung kepada pengguna la ya. Cik Ash pakai 1 bulan lebih sebab seorang jer pakai.. 

Apa yang Cik Ash taw Sabun Anggun Pesona JSD ini boleh digunakan diseluruh tubuh terutama di gosok pada bahagian peha dan punggung yang berselulit, digunakan untuk menyental mana-mana bahagian badan yang gelap dan kehitaman. Sabun ini juga sangat berkesan untuk menghilangkan strechtmark, serta melicinkan kulit pada perut ,pingang,pingul dan di mana-mana bahagian yang berlemak, besar dan mengeleber. Bab slim belum nampak lagi perubahan tapi ada kekurang sedikit lemak di tubuh tu hihihihi.. 

Sabun Anggun Pesona JSD juga sangat sesuai digosok pada bahgian berparut, celah-celah badan yang ada kotoran degil, badan berjerawat batu dan berbiji akibat lemak keras dan kesan luka.

Taw sabun ni bagus ke tidak kena guna secara konsisten ya. Cik Ash baru masuk kotak yang kedua guna sabun ni memang mandi pakai sabun ni tak guna body syampoo dah hihihi.. bab bahagian ketiak selalu pakai dendorant tu ada kesan dendorant tu bila tonyoh dengan sabun kesan itu beransur-ansur hilang. Itu jer pengalaman Cik Ash menggunakan Sabun Anggun Pesona.

4 comments:

  1. Wahhh tahniah cikash! Banyak kelebihan JSD tu

    ReplyDelete
  2. Wasalam..sihat je ni ekin..huhu..ramai org cakap produk ni elok amal

    ReplyDelete
  3. tahniah Cik Ash...mmg ramai dok kata sabun ni bagus..nak try la nanti

    ReplyDelete