Sunday, August 14, 2011

Kad kahwin Asyraf Muslim dan Dayana mirip Al-Quran | Assalamualaikum... Hari ini Ekin nak berkongsi kad kahwin cantik sangat bentuk macam Al-Quran.



Selebriti yang kini menumpukan perhatian sebagai pengamal perubatan Islam bakal bernikah di Tanah Suci dengan wanita pilihan hati, Noor Dayana Lokman, 24.

Dikhabarkan Ashraf bersama saudara-mara terdekat akan `terbang' pada 17 Ogos ini dan berada di sana kira-kira dua minggu. Majlis pernikahan pula bakal disempurnakan pada 1 Syawal.




Dengarnya, majlis resepsi di sebelah keluarga pengantin perempuan dijadualkan berlangsung pada 17 September ini di kediaman keluarganya di Gombak, manakala pihak Ashraf sendiri mengadakan kenduri menyambut menantu di MITC Melaka, seminggu kemudian.

Yang menariknya kad kawin Asraf ini unik sekali. Memang tak pernah lagi Ct jumpa terutama mana-mana celebriti buat. Rasanya memang sesuai dengan dengan kerjaya beliau sebagai pengamal perubatan Islam dan gelaran beliau sebagai Ustaz Amirul. Kad undangan perkahwinan pelakon Asyraf Muslim dan Dayana menampilkan rekaan yang menampilkan kaligrafi jawi dan dan mukasurat mirip Al-Quran, siap ada terjemahan lagi. iretis


Selamat pengantin baru Asyraf Muslim dan Dayana.


Next article Next Post
Previous article Previous Post