Monday, June 28, 2021

author photo

 Drama Budak Tebing 2 Di Slot Lestary | Assalamualaikum, Hai korang, korang ada tengok tak drama Budak Tebing yang disiarkan pada tahun lalu di TV3, Drama itu mengisahkan realiti sebenar kehidupan anak muda di tebing. 


budak tebing



Selepas drama ini mendapat sambutan kini drama ini kembali lagi menemui penonton Budak Tebing 2. Lagi menarik musim terbaru ini akan ada beberapa kejutan yang korang tak akan sangka akan berlaku. Jom baca detail mengenai drama ini dekat bawah.


Pengarah dan Terbitan Produksi

Drama ini diarahkan oleh Feroz Kader, serta diterbitkan oleh syarikat produksi Country Universal Sdn Bhd. Budak tebing 2 telah bersiaran pada 18 Jun 2021. Setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary. Sebanyak 13 episod.


Pelakon Drama Budak Tebing 2

Drama bersiri sebanyak 13 episod ini mengandingkan pelakon Adam Lee, Aedy Ashraf, Bella Dowanna, Eyka Farhana, Fariz Isqandar, Firdaus Ghufran, Fauzi Nawawi, Pablo Amirul, Syafie Naswip, Imran Aqil, Zarina Zainuddin, Nellisa Nizam. 


Sinopsis Drama Budak Tebing 2

Drama Budak Tebing 2 ini adalah kisah kesinambungan musim pertama dimana Tongki, Arif dan Talam terpaksa meneruskan kehidupan masing-masing setelah gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Tongki menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering disabotaj, manakala Arif menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba. 


Laura membuat keputusan tidak ke London dan cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua orang kanak-kanak gelandangan dan akhirnya membawa pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing.


Tonton Drama Budak Tebing 2 

Bagi anda yang tidak berkesempatan nak menonton drama Budak Tebing 2 ini korang boleh menontonya menerusi laman web IQyi secara online dan percuma. Korang boleh klik butang disediakan di bawah ini untuk menonton episod penuh drama ini.


👉 Tonton Drama Budak Tebing 2

This post have 2 komentar

avatar
KM7 delete June 28, 2021 at 9:47 AM

singgah membaca di sini

http://www.kembaraminda7.com/

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post