Thursday, January 6, 2022

author photo

 Selamat Tahun Baru 2022 | Assalamualaikum...selamat tahun baru buat semua rakan-rakan yang mengenali Cik Ash, masih tak terlambat lagi nak ucapkan kan, hari ini dah 6 hari kita berada di tahun 2022. Sekejap rasa dah 6 hari kita di tahun 2022 ni. 



Sekarang ni Cik Ash dah kurang menulis dekat blog bukan apa sebab laptop Cik Ash rosak screen nak menulis sekarang nak kena sambung dekat tv tu yang malas, nanti menganggu mak mentua nak tengok tv pulak, lagi pulak menulis ni nak kena ada mood kan, kalau ada job menulis artikel Cik Ash usahakan siapkan client nak walaupun susah gagahkan diri menulis guna telefon ni, mujur la handphone baru ni berfungsi dengan baik. 


Sepanjang tahun 2021 sebanyak 129 entri yang sempat Cik Ash kongsi dekat blog, nampak tu dah berkurang update, kalau mengikut tahun-tahun sebelum ni lebih lagi, harap tahun ni ada kelapangan nak menulis dekat blog ni. 


Semoga apa yang Cik Ash impikan tahun ini dimakbulkan dipermudahkannya nanti, sebenarnya kalau ikut permulaan tahun baru nak buat giveaway dekat blog tapi rasa tak boleh nak buat sebab ada masalah terpaksa la batalkan niat nak buat giveaway ni. Kalau ada blog-blog yang buat giveaway nanti Cik Ash Join, Insyaallah tahun ni rasa nak aktif balik Join giveaway, segmen tanda support blog rakan-rakan. Ingat lagi masa dulu-dulu aktif Join giveaway, ada rezeki menang sampaikan ada orang panggil Cik Ash ratu contest hahaha, 


Ok la korang itu jer nak bagitahu dekat blog, sambil-sambil buat kerja rumah sempat la menaip hihihi. Berhenti lepas tu sambung balik menaip. Taip dari pagi tadi  Masa ni baru publish hihihihi. 

This post have 5 komentar

avatar
AzianKhalil delete January 6, 2022 at 8:46 PM

selamat tahun baru 2022.semoga azam tahun ini tercapai

Reply
avatar
Warisan Petani delete January 6, 2022 at 9:27 PM

Selamat melangkah ke tahun baharu 2022

Reply
avatar
Rodiah Amir delete January 7, 2022 at 12:39 AM

kalau buka di tv alangkah besarnya screen hiihih apa pun semoga dipermudahkan segala urusan ya

Reply
avatar
Cici delete January 7, 2022 at 8:28 AM

Selamat Tahun Baru 2022 Cik Ash.

Betul, menulis kena ada mood. Hari tu masa PC rosak gigih ke cybercafe sebab nak siapkan kerja client. Nak taknak kena perah otak jugak.

Reply
avatar
Nurin Irsalina delete January 15, 2022 at 3:05 PM

hai cik ash, jom join segmen blog kita

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post