Thursday, March 9, 2023

author photo

Drama Andai Itu Takdirnya | Assalamualaikum...Hai korang semua, siapa peminat pelakon Syukri Yahaya ni mesti akan tengok drama ni. Tambahan pulak drama ni adaptasi dari karya penulis Siti Romizah Semail. Drama ni bermula pada 6 Mac 2023 di Astro Ria dalam slot Megadrama setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam. Arahan daripada Jamal Khan dan dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Hannah Delisha.


Info Drama Andai Itu Takdiknya 


Episod: 60 
Tarikh Tayangan: 6 Mac 2023
Waktu Siaran: Isnin Hingga Khamis 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria 
Pengarah: Jamal Khan 
Produksi:SR One Sdn Bhd 
Pelakon: Shukri Yahaya, Hannah Delisha, Dayang Areeda, Puteri Sarah Liyana, Idzham Ismail


Sinopsis Drama Andai Itu Takdinya 


Mengisahkan Aleya yang berasal dari keluarga yang sederhana meminati salah seorang rakan kolejnya yang bernama Syed Adam Aizril. Syed Aizril dikenali dalam kalangan wanita kerana ketampanannya dan penampilan yang menarik.  Sebagai anak kepada seorang tokokh korporat, dia sudah biasa dengan gaya kehidupan yang kaya dan berbangga dengan kekayaan keluarganya. Dia mempunyai standard yang tinggi dan sentiasa memandang rendah terhadap orang lain. Tanpa diduga, berlaku satu kejadian dimana berlaku sesuatu perkara yang tidak disangka  Syed Aizril dan Aleya di tangkap khalwat dan dipaksa berkahwin. 


Aleya memulakan kehidupan baharunya sebagai isteri tetapi malangnya Syed Aizril menyeksa hidupnya. Tidak lama selepas itu, Syed Aizril ditimpa kemalangan. Ianya mengubah kehidupannya dan menyesali apa yang dilakukan ke atas Aleya selama ni. Demi Cinta dan anak-anak seleps mengharungi pelbagai rintangan dalam perkahwinan mereka. 


Perkahwinan Syed Aizril dan Aleya tercabar sekali lagi apabila Syed Aizril jatuh cinta pada Sharifah Emilin yang muncul secara tiba-tiba dalam hidupnya. Janjinya terhadap Aleya mudah dilupakan. Pada ketika ini, perasaan Aleya terhadap Syed Aizril sudah hilang sepenuhnya. Hidupnya kini hancur kerana rgonya seorang lelaki. Patutkah Aleya memberi peluang kepada Syed Aizril sekali lagi? Nak tahu kesudahan episod kena menonton drama ni. 

1 komentar:

avatar
Cik kaella delete March 10, 2023 at 9:50 AM

since dah kawin ni, banyak movie kaella takut nak tengok, entahlah. tapi this one terpanggil-panggil rasa nak tengok. huhu sebab utama ada shukri yahaya

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post