Saturday, September 11, 2021

author photo

 Filem Firedrake The Silver Dragon | Assalamualaikum, Hai, hari ini Cik Ash nak berkongsi satu cerita yang patut di tonton seisi keluarga filem fantasi animasi komputer 3D Jerman. Filem ini merupakan adaptasi daripada novel Firedrake The Silver Dragon karya oleh Cornelia Funke. 


Firedrake


Filem ini diarahkan oleh Toner Eshed. Pembikinan filem ini telah dimulakan pada Jun 2017 sebagai produksi bersama antara syarikat produksi Jerman Constantine Filem dan animasi dari dua studio termasuk studio Belgium yang kebanyakannya terkenal dengan permainan video, Cyborn yang beribu pejabat di Munich. 


Sinopsis Filem Firedrake The Silver Dragon


Filem ini mengisahkan tentang naga Perak muda yang selalu bersembunyi di lembah berhutan. Dia ingin menunjukkan generasi naga yang lebih tua bahawa dia adalah naga yang sebenar. Ketika manusia hendak memusnahkan tempat perlindungan keluarganya yang terakhir, Firedrake memulakan misi pencariannya secara diam-diam memulakan perjalanan dengan pertualangan dengan brownie hutan, Sorrel.


 Dia ingin mencari "Rim of Heaven", surga misteri naga.  Banyak cabaran yang ditempuhi oleh nya, dalam misi pencarian mereka Firedrake dan Sorrel telah menemui seorang budak bernama Ben seorang anak yatim piatu dan sesat yang mengaku sebagai penunggang naga. Walaupun Ben dan Sorrel menjadi semakin tidak percaya dan berusaha sedaya upaya untuk menyingkirkan anak yatim piatu pada setiap kesempatan. Mereka telah diburu oleh Nettlebrand, monster pemakan naga yang jahat  yang telah diciptakan oleh seorang alkemis dengan tujuan untuk mengesan dan menghancurkan setiap naga di Bumi.


Bagi Cik Ash selepas tonton filem Firedrake The Silver Dragon ni boleh dikatakan menyeronokkan, walaupun tidak pernah membaca novelnya. Cik Ash, suami, dan mak mentua menonton menikmatinya dan seronok sampai ada part-part yang buat Cik Ash tergelak kecil dalam beberapa dialog. Ini adalah filem seisi keluarga yang menyeronokkan bagi Cik Ash. 


Filem ni Cik Ash telah menontonnya di Netflix yang telah dilancarkan pada 10 September 2021. Kpada korang yang ingin menonton boleh ke Tonton Disini. Itu jer pengkongsian hari mengenai filem yang best ditonton. Jumpa lagi nanti. 

This post have 4 komentar

avatar
babYpose delete September 11, 2021 at 11:43 AM

Jalan ceritanya menarik, baru tonton Raya and the last dragon, saya suka juga cerita tentang dragon ni satu lagi Pete's dragon. Thanks for sharing Cik Ash, ada variasi apa nak tonton cuti sekolah ni.

Reply
avatar
Ain Athirah delete September 11, 2021 at 8:41 PM

Poster macam how to train your dragon. Bookmark duluu kot teringin nak tengok nanti hehe

Reply
avatar
Cik Ash delete September 23, 2021 at 8:43 AM

Tu la jalan cerita dia best kan, hihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete September 23, 2021 at 8:43 AM

Ha ah betul tengok sekali imbas nak sama

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post