Wednesday, August 3, 2022

author photo

 Muzikal Lawak Superstar Musim Ke 3 | Assalamualaikum... Buat peminat rancangan lawak ada berita baik Cik Ash nak berkongsi dengan korang semua, Muzikal Lawak Superstar 3 kembali lagi menemui korang pada 22 Julai 2022 hari Jumaat.



Kelainan tahun ni nampak muka baru yang masuk,mereka terdiri daripada pelawak-pelawak lama, penyanyi, pelakon dan juga content creator ataupun personaliti media sosial.


Barisan juri yang terlibat adalah Dato' Awie masih dikekalkan dan bakal didampingi oleh juri-juri baru iaitu pelakon tersohor negara, Siti Saleha dan personaliti terkenal daripada Singapura iaitu Najip Ali.


Manakala untuk undian peserta diadili dengan undian 50% juri dan 50% markah undian online yang boleh dibuat di SINI.


Hadiah bakal pemenang pulak adalah untuk Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM150,000 manakala naib juara pula akan meraih RM75,000. Untuk tempat ketiga dan keempat, masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM25,000 dan kesemuanya pulang bersama trofi.


Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 3


Berikut adalah senarai 12 kumpulan yang bakal berentap terdiri daripada 3 peserta yang berbeza bagi setiap ahli dan termasuk ada peserta dari Jepun.


1. Abioso - Sarip, Amin, Puspa Gomen

2.Arteh - Has, Dewa, Qody Rany

3.Bahroy - Roy Azman, Nizam Jentik Jentik, Shashic Iewan

4. Benjo - Nozz Hazwan, Filzah Azmi, Kinjo

5.Cili - Ali Puteh, Achey, Shiha Zikir

6.Joki - Gomok Gahai, Fuad Nasir, Beby Acha

7.Ngam - Achok Chilok, Wan Wala, Aya Amiruddin

8. OOD - Man Raja Lawak, Chiwan, Zahid

9.Selit - Ajo, Azmir CUIT, Shidi Data

10.Sobat - Che Mat, Najua P. Ramlee, DD Chronicle

11.Ubi - Fad Bocey, Sharif Zero, Namie

12.Wisel - Wan Gegau, Salman Al-Farisi, Iskandar Norzaman


Ditayangkan setiap Jumaat jam 9.00 malam, kumpulan kegemaran Cik Ash sekeluarga adalah kumpulan UBI, hihihi. Memang lawak mereka ada yang terbaik. Orang paling suka banyak ibu mentua Cik Ash la. 

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post