Monday, April 22, 2019

author photo
Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh |Seperti biasa la Cik Ash ni #kakidrama,mesti akan update pasal drama yang best dekat blog ni, Siapa kat sini layan drama lakonan Fasha Sandha dengan Aaron Aziz. hihihi.. Kita geng la kalau layan drama ni. Cik Ash ni kalau tengok Aaron Aziz or Fasha Sandha. Lagi pulak lama tak tengok Lydiawati berlakon. 


Drama Patah Sayap Bertongkat Paruh yang merupakan adaptasi novel karya Hana Ilhami akan ditayangkan di slot MegaDrama Astro Ria. Drama ni mempunyai sebanyak 14 episode dah bermula 3 April airitu, ni baru sempat Cik Ash nak update dekat blog. Drama ini ditayangkan pada hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam. Merupakan terbitan Zeel Production Sdn Bhd dan diarahkan oleh Along Kamaludin.  

Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini adalah Fasha Sandha, Aaron Aziz, Elly Mazlein,Amelina,Cat Farish,Zarul Husin,Jalil Hamid,Lydiawati,Jasper Supayah,Sofia Dendroff,Aman Aziz,Haziq MacQuistan,Amira Othman,Jasmin Hamid,Farzana Latiff,Awang Hamyzan,Adib Haziem dan ramai lagi.

Sinopsis Patah Sayap Bertongkat Paruh  

Aliah nekad pulang ke kampung bersama tiga orang anaknya untuk membina hidup baru setelah dicerai oleh suaminya,Hisyam. Di kampung,kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman,ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sejak kecil.
Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang Aliah. 

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah,Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia tidak pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah,menyebabkan status Aliah kini tergantung.Pelbagai onak dilalui Aliah sepanjang tempoh menyelesaikan kemelut perkahwinannya.

Mampukah Aliah,wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua? 

"Kalau Aliah melangkah keluar dari rumah ni,gugur talak!"- HISYAM

Dari berterusan menieruk rasa, lebih baik Aliah mencari bahagian sendiri. Aliah nekad pulang ke kampung bersama tigas orang anaknya untuk membina hidup baru. Rumah tangga yang dibina atas dasar suka sama suka akhirnya runtuh jua. Aliah pasrah.

Di kampung, kisah rumah tangganya terbongkar apabila Pak Osman, ayah Aliah yang nyanyuk terlepas cerita kepada Talhah, teman sekampung Aliah sedari kecil. Khabar tentang Aliah yang diabaikan suami mengundang rasa simpati Talhah. 

"Kau nak bercakap pasal apa? Pasal rumah tangga aku? Lepas tu kau nak buat apa? Ketawakan aku?"-ALIAH

"Kalau aku nak, aku dah ketawakan kau masa kat pasar tani hari tu lagi..." TALHAH

Keikhlasan Talhah membantu akhirnya disambut baik oleh Aliah. Dalam diam cinta yang pernah berputik dalam hati Talhah kembali mekar. Namun, amaran daripada Hisyam menyedarkan Talhah tentang status Aliah. 

"Memilih tu memang bagus tapi jangan sampai terpilih tunang orang. Lagi haru kalau isteri orang. Memang cari nahas!" -Hisyam

Kerana cemburukan hubungan antara Aliah dengan Talhah. Hisyam berbohong dalam mahkamah bahawa dia pernah melafazkan cerai taklik terhadap Aliah, menyebabkan status Aliah kini tergantung. 

Dugaan yang diterima kali ini berat bukan kepalang. Ia menuntut kesabaran dan kecekalan yang bukan calang-calang. Mampukah Aliah,wanita yang dianggap lemah ini bangkit merubah suratan? Ataupun terus tersungkur menyambut ketentuan? Bagaimana pula dengan Talhah? Apakah dia akan berdiam menyaksikan wanita yang dicintainya sepenuh hati terlepas buat kali kedua?

Ok la itu jer sinopsis drama ni, best gak drama ni lakonan hebat Fasha Sandha dan Aaron Aziz ni. 

This post have 5 komentar

avatar
Nieyla Nadia delete April 22, 2019 at 11:03 AM

sebelum ni ada juga terbaca sinopsis drama ni...
tapi blm berkesempatan lg nak tgk

Reply
avatar
Sunah Sakura delete April 22, 2019 at 1:50 PM

alaaaa kita takde astro! tapi boleh tengok kat streaming online..macam best cite ni..kalo aaron aziz n fasha sandha, cite dia mesti jenis berat dan berisi

Reply
avatar
mek yunie delete April 22, 2019 at 3:45 PM

ingatkan patah sebelahnya sayap yg airiel blakon. hehehhe. tk tgk lagi cita ni

Reply
avatar
Ciktie delete April 24, 2019 at 3:45 PM

best citer ni cuma tak full episode.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post