Sunday, May 5, 2019

author photo
Ketuk-Ketuk Ramadhan 2019 | Hari isnin esok bermula la semua umat islam akan berpuasa di bulan ramadhan tahun 2019, kepada rakan-rakan alam maya yang mengenali Cik Ash, Cik Ash ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK buat semua. Maaf kalau ada salah silap sepanjang menulis entri dekat blog ni.

Ketuk Ketuk Ramadhan 2019
Bila start bulan Ramadhan ni kan, TV1 mesti akan sajikan rancangan masakan no 1 iaitu rancangan Ketuk-Ketuk Ramadhan, siapa dekat sini salah seorang peminat no 1 rancangan ni. Sila mengaku hihihi, Rancangan ni setiap tahun mesti menjadi rancangan kegemaran bulan puasa. Lagi pulak Ketuk-Ketuk Ramadhan kali adalah terakhir bakal ditayangkan. Tahun depan rancangan masakan ni dah tak ada. 
 
Ketuk-Ketuk Ramadhan pada tahun ini akan menampilkan artis-artis yang popular di Malaysia. Antara artis turut memasak bersama Sheila Rusly nanti mereka adalah Shamel Af,Alif Satar,Fendy Bakry,Achey,Abam Bocik,Khai Bahar,Nazim Othman,Faizal Tahir,Fahrin Ahmad,Aznil Hj Nawawi,Shahrol Shiro,Arif Bahran,Aidil Aziz,Zarul Umbrella,Erwin Dawson,Andi Bernadee,Pu Azman,Emma Maembong,Elly Mazlein,Nabila Huda,Bella Astilah,Amyra Rosli,Diana Danille,Amelina,Azira Shafinaz,Ain Edruce,Azar Azmi,Mona Allen,Fatin Afeefa,Zulin Aziz,Bella Dally. 
 
Kepada korang yang tak berpeluang nak tengok rancangan ni sewaktu siaran langsung boleh tengok di MyKlik ataupun korang dowload aplikasi RTM mobile dekat telefon. Kebanyakan artis yang tersenarai kali semua muka baru yang tak pernah dijemput lagi. Tak sabar nak tengok nanti la. 
 
Ok la korang itu jer la Cik Ash update hari ini nak kongsikan entri ni, Selamat menonton rancangan no 1 masakan yang popular ni. Jumpa lagi dan selamat berpuasa pada korang semua.

This post have 2 komentar

avatar
SBP QOMAR delete May 5, 2019 at 1:38 PM

Golek golek deoan tv ngadap ketuk2 Ramadhan bulan puasa ni hehe. Saat yg dinanti nantikan semua orang kan.

Jemput blogwalking blog saya :)

Reply
avatar
Shikin Razali delete May 11, 2019 at 6:50 AM

Dah lama saya tak tengok rancangan masakan nie, dek kesibukan keja hakiki.. huhu.. tunggu jea lah kat online..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post