Wednesday, April 3, 2019

author photo
Resepi Paprik Sotong Ringkas | Alahai lama gila entri resepi ni tersimpan dalam draf hahaha, nak menulis asyik tertangguh jer. Paprik Sotong Cik Ash dah buat lama bulan Januari aritu lagi.. hihihi.. Dalam baru sempat nak taip resepinya. 

Resepi Paprik Sotong Ringkas

Dah basi dah menu masak Paprik Sotong ni, masak paprik sotong campak-campak jer tak ada sukatan apa-apa pun. Cik Ash bab memasak suka style campak-campak baru la sedap hihihi. Koleksi #dapurcikash menemui anda di bulan april hihihi.

Jom la usha resepi Paprik Sotong dekat bawah ni, nak buat dia pun senang jer bukan susah pun janji ada bahan-bahan yang nak kita masukkan dalam masakan nanti.

Paprik Sotong Ringkas

Resepi Paprik Sotong
Oleh : Cik Ash

Bahan-bahan 
Sotong - di cuci bersih 
1 biji bawang hondland - dihiris
2 ulas bawang putih - dicincang halus
Daun limau purut
Sos cili 
Sos Tiram
Sos Tomato
Cili kisar 
Sayur campur 

Cara  Membuatnya :- 

1. Panaskan minyak lepas tu tumis bawang putih. 

2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.

3. Bila cili kisar dah pecah minyak masukkan sayur campur. Gaul bagi sayur masak.

4. Lepas tu masukkan daun limau purut.

5. Selepas itu masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato kacau sehingga sebati. 

6. Masukkan sotong dan kacau-kacau.

7. Perasakan dengan maggi secukup rasa dan hingga sebati.

8. Akhir sekali taburkan bawang hondland dan gaul-gaul. 

9. Sia!!! Boleh dihidang dengan nasi panas. 


Ok la korang selamat memcuba Sotong Paprik Ringkas cara Cik Ash masak, masak campak-campak jer ni. Hahaha.. Jumpa lagi entri resepi yang akan datang nanti.

This post have 6 komentar

avatar
Sunah Sakura delete April 3, 2019 at 12:11 PM

nampak sedap..tak pernah lagi buat sotong masak paprik

Reply
avatar
Nieyla Nadia delete April 3, 2019 at 3:29 PM

biasa buat paprik campur je...
semua haiwan ada dlm tu kekeke....

Reply
avatar
Ana Jingga delete April 3, 2019 at 9:19 PM

sotong ni yang tak best dia cepat mengecut bila masak kan ekin, sedap tu masak paprik kak ana suka juga :)

Reply
avatar
Norihanyusuf delete April 5, 2019 at 10:06 PM

campak-campak tu yang sedap. ikut cita rasa kita sendiri

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post