Tuesday, May 28, 2019

author photo
Bayaran Bantuan Sara Hidup (BSH) Fasa Ke 2 Pada 28 Mei 2019 | Untuk Bantuan Sara Hidup fasa ke 2 akan dibuat pembayaran pada hari ini. So kepada korang dapat untuk kali kedua Cik Ash ucapkan tahniah. 


Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing dan bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank, pembukaan akaun bank pemohon secara automatik akan dilakukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan persetujuan dan akuan pemohon yang terdapat pada borang permohonan BSH 2019.

Bagi memastikan program BSH 2019 ini disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, pelaksanaan untuk  mengenal pasti pendapatan terkini pemohon telah dilakukan secara menyeluruh termasuk semakan data yang melibatkan banyak agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), LHDN, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan lain-lain lagi agensi yang terlibat lagi.

Jadi, kepada pemohon yang tidak berjaya permohonan rayuan boleh dibuat mulai 01 Julai hingga 15 Ogos 2019. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 atau e-mailkan kepada bsh@treasury.gov.my 

This post have 9 komentar

avatar
✿Cik Cappuccino Latte ✿ delete May 28, 2019 at 8:42 PM

tahniah kepada sesiapa yg dapat , boleh buat belanja persiapan hari raya

Reply
avatar
Farrah MF delete June 6, 2019 at 3:25 PM

Oh masih ada fasa untuk buat rayuan...

Reply
avatar
Kyky delete June 16, 2019 at 8:48 AM

Tapi knp sy sampai Hari ini masih belum menerima bsh fasa kedua???

Reply
avatar
Cik Ash delete June 16, 2019 at 6:01 PM

Awak cuba call pihak Lhdn untuk pertanyaan ni.. Mungkin ada fasa kedua selepas raya ke

Reply
avatar
Cik Ash delete June 25, 2019 at 9:58 PM

mujur ada duit bsh boleh top up kelik raya

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post