Sunday, July 7, 2019

author photo
Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam | Drama terbaru yang mengantikan drama Bukan Cinta Aku ini telah bersiaran pada 3/7/19. Drama telah diarahkan oleh penerbit Along Kamarudin. Terbitan syarikat A-Ten Alliances Sdn Bhd. Novel ni merupakan karya oleh Myra Ameer.


Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah,Kartina Aziz, Nazeera Sardi,Nazrief Nazri,Ikhlas Jalil,Sharifah Shahora,Noniswara,Kuza,Aleeza Kasim,Hariesa DFKL,Ani Ambo,Zainon Ismail,Aishah Along Kamaludin,Gen Darwish. Sebanyak 28 episode.

Sinopsis Drama Utusan Cinta Buat Adam
Drama ini mengisahkan tentang Aireen Husna yang merupakan seorang Arkitek. Walaupun berkerjaya hebat, dia masih belum berkahwin dan masih mencari calon yang sesuai.
Syarat untuk menjadi suaminya adalah seorang yang kuat agama. Akhirnya dia terserempak dengan jejaka bernama Adam Firdaus.

Dia memang tidak mengenali adam tetapi hati tetap meminati jejaka itu. Satu hari, dia dapat tahu yang adam merupakan anak kenalan kepada Mak ciknya, Dia terus meminta Mak cik nya melamar adam untuknya. 

Adam seorang pensyarah berumur 35 tahun dan masih mencari calon isteri. Semua pilihan keluarganya ditolak.

Akhirnya Adam dan Aireen berkahwin. Tetapi perkahwinan mereka tidak direstui oleh nenek dan tokwan adam kerana mereka mahu adam berkahwin dengan Liyana yang merupakan pilihan mereka. 

Bagaimanakah hubungan adam dan aireen selepas itu? kalau nak tahu kenalah tengok sampai habis lah cerita ni. Tak sabarnya nak ikuti drama ni, itu pun Cik Ash tengok tonton jer jarang sangat nak tengok televisyen sebab malas nak berebut dengan mak mentua hahaha. Tapi kan Cik Ash tengok drama ni tak sama dengan sinopsis la.. Mungkin pengarah ubah babak tak ikut novel sangat kut. Kerja Aireen sebagai arkitek kalau tak silap Cik Ash.

Nanti entri lain Cik Ash akan kongsi Ost drama Utusan Cinta Buat Adam ya. Tunggu tahu. Jumpa lagi nanti.

 ➔ Baca Online Novel Utusan Cinta Buat Adam Bab 1 Hingga Bab 15.. ⤌

➔ Nak Tengok Online Tengok Di Youtube Utusan Cinta Adam ⤌

This post have 3 komentar

avatar
Norihanyusuf delete July 7, 2019 at 10:16 AM

kita follow jugak gambar ni.
rasa macam aireen tu kerja arkitek jer, ke saya silap

Reply
avatar
Ciktie delete July 8, 2019 at 12:18 AM

Rasanya kerjaya Aireen tu macam lain je hehe

Reply
avatar
Rodiah Amir delete July 13, 2019 at 1:20 AM

Suka cerita arahan Along Kamarudin, best

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post