Wednesday, July 24, 2019

Entri Terbaik Bulan Jun 2019

Entri Terbaik Bulan Jun 2019 | Terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkn terima kasih kepada korang yang sudi membaca dan memberi komen dekat entri Lagu Ost Drama Setelah Terlafaznya Akad. Dah nak habis bulan Julai baru nak update entri terbaik dekat blog hahaha.. Nak buat macam mana sibuk sikit dengan urusan rumah sikit.


Setelah 4 bulan sibuk dengan urusan rumah yang dalam proses baiki,hari ini dah clear dah tak ada yang perlu di baiki lagi. Sebab blog jarang nak update mood kelaut sejak dah lama tinggal ni. Entri dalam draf ada jah nak mengarangnya tu malas hihihi. 

Untuk Bulan Jun 2019 aritu antara yang top paling ramai mencari dekat blog ni Jun 2019 aritu ialah :- 

Bayaran Bantua Sara Hidup Bsh Fasa Ke 2 Pada-28 Mei 2019 - Sepanjang Mei hingga jun entri paling panas dekat blog sampai view untuk entri mencecah sebanyak 34515 view. Memang waktu ramai yang masuk blog. Merasa pages memecah 10 k sehari dekat blog hahaha.. Alhamdulilah pengkongsian yang bermaafat untuk penerima ada yang baca.

Lagu Ost Drama Jodoh Jodoh Anissa - Disebabkan ramai yang mencari lagu ost Cik Ash ambik kumpulkan koleksi lagu dalam drama Jodoh Jodoh Annisa tu. Tak sangka ramai juga yang view untuk tengok Ost lagu ni.sebanyak 2k view.

Resepi Timun Tumis Air - Ni pulak entri paling lama dekat blog dah resepi paling simple dan ringkas masih ada yang mencari resepi kongsi pada tahun 2017 lagi. View entri mencecah angka 7K view.

Magic Sponge Mrdiy - Ni pulak saja-saja nak berkongsi guna produk sponge magic mrdiy ni. Entri untuk viewnya mencecah 2K view.

Resepi Kari Daging - Ni pun Cik Ash masak cara Cik Ash saja-saja nak kongsi cara buat tak sangka masih yang sudi membaca.

Suasana Hari Raya Aidilfitri Di Kelantan -- Pengalaman balik raya di Kelantan Cik Ash kongsikan dalam entri ni.

Alhamdulilah Menang Giveaway Sapsibubapa Net Di Mialiana.com - Alhamdulilah rezeki bulan puasa aritu tak silap Cik Ash la dapat la duit raya hihihi.

Belajar Lukis Haiwan - Entri santai-santai nak kongsi koleksi yang Cik As jumpa dekat facebook dan abadikan dalam blog ni mana la tahu suatu hari nanti Allah kurniakan zuriat buat Cik Ash. ammiin.

Muzikal Lawak Superstar - Siapa dekat sini minat muzikal lawak boleh geng ibu mentua Cik Ash.

Resepi Lempeng Gula Merah - Resepi ni paling tak sangka ada juga yang mencari sampai 4k view tu.. Alhamdulilah resepi ada orang baca kan.

Ok la korang tu jer senarai entri yang berada dalam carian dekat blog paling ramai view. Kalau korang belum baca lagi entri jemput-jemput la singgah baca ya. Jumpa lagi nanti. 

3 comments: