Tuesday, July 2, 2019

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Gabungan Penyegar Dan Pelembap

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Gabungan Penyegar Dan Pelembap | Sebagai wanita dalam diri ini ingin tampil cantik sentiasa, seperti juga Cik Ash,Safi dengan Cik Ash tak pernah berpisah sejak dulu lagi, lagi pulak Safi sesuai dengan kulit muka Cik Ash sebab dari dulu sampai sekarang memang guna walaupun ada produk yang lain lebih baik. 


Baru-baru ini Cik Ash telah diperkenalkan dengan produk terbaru daripada Safi iaitu Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion yang merupakan gabungan formulasi daripada penyegar dan pelembap dalam satu langkah untuk rutin penjagaan kulit yang ringkas namun ianya memberikan kesan lembapan yang lebih optimun. 



Bila ada lotion yang jenis 2 in 1 begini memudahkan kerja Cik Ash setiap hari la lepas ini, sebab ianya tak payah dah nak tepek segala macam toner, pelembap, krim lepas ni guna sahaja Safi Balqis Hydrating Lotion ini. 

Apa Keistimewaan Safi Balqis OxyWhite Hydrating Lotion 


Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion merupakan lotion pencerah yang menghidrat bertindak untuk memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu pengunaan meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan memberikan kesan optimun sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid :- 

👉 Macro Hyaluronic Acid 

👉 Nano Hyaluronic Acid 

👉 Bio-Hyaluranate

👉 Super Nano Hyaluronic Acid

👉 Oligo- Hyaluronic Acid 


Safi Balqis Oxywhite Lotion mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan yang melekit. Ianya juga mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan perlindungan IR. 

OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE

Nano Oxgen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano Biowhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.

 Cara Pengunaan Safi Balqis Oxywhite Lotion

Sapukan pada keseluruhan muka. Tepuk dengan lembut sehingga produk meresap sepenuhnya . Gunakan 2 kali sehari selepas Pembersih muka Safi Balqis Oxywhite.

Dimana nak dapatkan Safi Balqis Oxywhite Lotion ini korang boleh beli secara online dan juga di farmasi terpilih yang berdekatan dengan korang.


SAFI MALAYSIA
WEBSITE | FACEBOOK | INSTAGRAM 



Boleh juga baca mengenai  produk safi yang lain :- 



Safi Rania Gold Di Formulasi Beetox. Technology

 #SafiMY
#SafiBalqis
#SafiSkinStory
#SafiBalqisHydration
#SafiBalqisHydratingLotion
#reviewcikash

6 comments:

  1. wah penyegar dan pelembap dalam satu.. mmg best ni terasa nak cuba plak

    ReplyDelete
  2. best pakai ni..rasa nak repeat beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah best pakai.. Dah ada dah dipasaran

      Delete
  3. saya suka! sebab kulit rasa best!!

    ReplyDelete