TICKER

Saturday, February 17, 2018

Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi

Sinopsis Drama Mr London Ms Langkawi | Assalamualaikum..Hai, baru sempat nak sharing drama best yang sedang main di astro Warna.. Suami Cik Ash peminat no 1 drama ni hahahhaha.. selalunya susah sangat nak layan drama. 


Drama Mr London Ms Langkawi ini telah pun disiarkan pada 14 Februari yang lalu, jam 9malam rabu hingga jumaat. Drama ini merupakan adapitasi novel Mr London Ms Langkawi , merupakan karya novelis Herna Diana. Syarikat terbitan Global Station Sdn Bhd ni telah diarahkan oleh Nizam Zakaria.

Antara pelakon menjayakan drama Mr London Ms Langkawi ini adalah Zul Ariffin, Izara Aisyah,Amar Baharin, Zahirah Macwilson, Yaya Zahir, Dato Seri Shah Rezza, Liza Abdullah, Sharonizam, Watie Sadali, Ghazali Abu Noh, Kismah Johar dan ramai lagi. 

Sinopsis Mr London Ms Langkawi

Mengisahkan tentang seorang jejaka (Aidid) yang berpelajaran tinggi dan menetap di luar negara sejak dari kecil lagi. Hatinya begitu berat apabila dipaksa oleh ayahnya untuk pulang ke kampung. Walaupun berat, dia menurut kehendak ayahnya. 
Setibanya Aidid di Langkawi, ketika menunggu seseorang untuk membawanya ke rumah Tok Wan, muncul seorang gadis bernama 'Liyana The Samseng'.

Nurul Liyana, seorang gadis biasa. Tidak berpendidikan tinggi seperti Aidid, tetapi jiwanya besar. Rasa cinta terhadap tanah air cukup tebal. 

Setiap kali berjumpa, mereka berdua pasti bergaduh. Berbeza taraf  hidup dan pendidikan membezakan mereka berdua. Tetapi adakah keserasian akan wujud dalam jiwa Aidid Mukhlis dan Nurul Liyana?

Nak apa kisahnya kena tengok dekat astro Warna ataupun intai-intai blog drama banyak share drama ni hihihihi.. memang best tengok syok dengar izara cakap kedah selalunya izara berlakon watak gedik-gedik , manja-manja dalam Mr London Ms Langkawi ni izara bawa watak ganas-ganas hahahhaha.. 

 

10 comments:

  1. mesti meletup drama nih nanti
    hehehe

    ReplyDelete
  2. Hikhik kite dah baca novel dia. Memang best.. Tapi sayangnya rumah takde channel warna tak dapat nak tengok drama ni.

    ReplyDelete
  3. mek pun dah terjebak tgk cite ni.
    hahaha

    ReplyDelete
  4. Alaaa xsempat nak tgk..takpe baca sinopsis jer laa..hihihi

    ReplyDelete
  5. ada tgk iklan citer ni.
    tapi lom tgk.
    aida x minat hero nyer :) hu hu hu...

    ReplyDelete