Tuesday, July 30, 2019

author photo
Tauhu Sumbat Goreng Yang Mudah | Assalamualaikum... Terlebih dahulu Cik Ash ingin mengucapkan terima kasih kepada korang yang sudi komen dekat entri kad-rawatan-kucing-kesayangan.html. Bersiaran hari ini nak kongsi koleksi resepi #dapurcikash hihihi.


tauhu sumbat goreng yang mudah

Ni pun entri dah lama tersimpan dalam draf baru ada mood nak mengarangnya biasa la mood kelaut sekarang hihihi, tauhu goreng sumbat dah lama Cik Ash buat la pada tahun 2018 lagi hahaha, ni yang boleh update sebab buka gambar la tengok-tengok ada gambar resepi yang belum kongsi dekat blog. 

Cara goreng tauhu sumbat Cik Ash mudah jer buat jer janji sedap dimakan kan, Cik Ash suka olah semula resepi hahaha, Jom la cuba resepi yang Cik Ash buat dekat bawah ni. 

Cara-cara membuat tauhu sumbat goreng

Tauhu Goreng Sumbat Yang Mudah 
Oleh : Cik Ash 

Tauhu 3 keping
Sedikit carrot
sedikit timun batang
sedikit taugeh
Tepung Jagung
Garam
Serbuk lada hitam

Cara membuatnya :- 
1. Belah tauhu kepada segitiga. goreng tauhu hingga kekuningan.
2. Selepas itu korang buat lubang di tengah-tengah menggunakan pisau. 
3. Masukkan inti carrot,taugeh, timun bantal bersama isi tauhu tu.
4. Nyalakan api panaskan minyak bila minyak dah panas boleh la goreng hingga kekuningan.
5. Celupkan tauhu sumbat ke dalam tepung jagung selepas tu masukkan ke dalam minyak panas. bila dah kekuningan terbalikkan semula bahagian bawah masak hingga garing jangan bagi hangus ya. dan boleh angkat dan toskan. 

Ok la korang itu cara Cik Ash goreng Tauhu Sumbat Goreng Yang Mudah, sedap dimakan dengan cicoh sos cili. Fuhhh sedap makan dia tak ingat makan sampai 3 biji tauhu hahaha.. Kalau korang teringin nak tengok koleksi resepi yang lain boleh usha koleksi #dapurcikash.

This post have 5 komentar

avatar
Husniey Husain delete July 30, 2019 at 10:37 AM

Nampak sedap paling penting ia mudah disediakan :D

Reply
avatar
Dilah delete July 30, 2019 at 11:06 AM

wahh sedapnya cikash.. dah lama x makan tahu sumbat.. biasa dilah makan tahu sumbat lawan ngan sambal kacang..

Reply
avatar
MisDiarios delete July 30, 2019 at 12:23 PM

wow mmg feveret tauhu sumbat ni.. mmg sedapp

Reply
avatar
Cik Nor delete July 30, 2019 at 3:32 PM

sedapnya..hantr cni skit..:)

Reply
avatar
nurul aqidah azahar delete August 1, 2019 at 10:37 AM

sedapnnya tengok...boleh try la resepi nni nanti

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post