TICKER

Wednesday, January 24, 2018

Sambal Ikan Bilis Peria

Sambal Ikan Bilis Peria | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya sihat walafiat ya.


Hari isnin baru ni Cik Ash ada masak sambal ikan bilis peria saja-saja Cik Ash la nak memcuba masak kelainan sambal selalunya buat sambal ikan bilis petai , Sambal ikan bilis terung pipit , sambal ikan bilis nasi lemak dan banyak lagi kita boleh buat kan..

Sebenarnya Cik Ash buat sebab rasa dah puas sangat buat peria goreng telur sokmo, peria celup tepung la, tu yang mari terlintas nak buat sambal ikan bilis peria ni, cara dia pun mudah buat macam kita masak sambal ikan bilis jer pun cuma tambahkan peria dalam tu hahahaha. 

Sedap sangat buat menu baru ni suami pun suka makan dia hantu peria sekarang hahahaha... bertambah-tambah makan nasi, itu tandanya masakan isteri dapat memikat suami chewahhhh koyar-koyar dah Cik Ash ni. Jom-jom usha resepi dekat bawah ni.

Sambal Ikan Bilis Peria

Bahan-bahannya :- 
1 genggam tangan ikan bilis (basuh dan toskan)
1 batang peria 
1 biji bawang besar (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar) 
20 keping lada kering (direndam dan dimesin dulu)
2 sudu kfc gula
sedikit garam dan pati sedap

Cara membuatnya :- 
1. Goreng ikan bilis dulu. 
2. Tumiskan bawang besar, bawang putih,halia hingga naik bau, dan kekuningan. 
3. Selepas itu masukkan lada kering tumis hingga pecah minyak. 
4. Bila dah pecah minyak masuk ikan bilis, dan peria masak hingga mendidih. 
5. Letakkan gula, sedikit garam dan secukup rasa. 
6. Kacau hingga sambal tumis ni hingga masak. 

Ok la korang itu jer resepi daripada Cik Ash kongsi buat korang ya, selamat memcuba resepi ni. nak tengok resepi lain boleh pergi usha RESEPI




11 comments:

  1. Replies
    1. Sama la saya dulu tak suka gak loni jadi minat

      Delete
  2. Nampak sedaplah pulak pagi-pagi nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap makan dengan nasi putih lagi la

      Delete
  3. Sedapnya kena sangat makan dengan nasi putih panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memamg sedap kena sangat nasi putih panas2ni

      Delete
  4. perghhh cik ash suka makan peria ke? ohmaiii kagumnyaaa! saya tak suka peria T-T tapi kalau peria dibuat jus (campur dengan madu), boleh la telan. tapi kalau suruh makan peria tu, idok le hahaha

    ReplyDelete