TICKER

Friday, February 2, 2018

Resepi Solok Lada

Resepi Solok Lada | Assalamulaikum , Hai korang semua apa khabar Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya. Hari ini Cik Ash ada nak kongsikan resepi cara membuat Solok Lada yang sangat popular di negeri kelantan. 

Solok lada

Hari ini Cik Ash nak kongsikan resepi asal ni daripada facebook kak ipar Cik Ash mintak dengan nak share dalam blog dia bagi kelululsan dia kongsikan la senang kalau ada sesiapa yang nak buat solok lada senang la ataupun Cik Ash sendiri nak buat mudah bila ada resepi lengkap kan.

Resepi ini kak ipar Cik Ash bagitaw resepi daripada Arwah nenek dia, katanya dia suka follow nenek memasak dekat dapur. Jom la usha resepi untuk membuat solok lada ini dekat bawah ni. 
Resepi Solok Lada  
Bahan-bahan 
5 ekor ikan kembung di rebus 
14 biji lada hijau - buang bijinya
1 biji kelapa muda - diparut 
Santan 
4 Ulas bawang merah 
Sedikit lada hitam 
Garam
Gula
Cara Membuatnya :-  
 1. Lada hijau di cuci bersih, dibelah dan buang bijinya yer. 
2. Tumbuk lada hitam, garam,gula, bawang merah, isi ikan yang telah di rebus bersama dengan kelapa muda yang diparut. 
3. Masukkan isi ikan yang siap ditumbuk tadi kedalam lada yang sudah dibersihkan tadi. 
4. Pastikan isi kelapa tu padat dan kemas untuk hasil yang cantik yer. 
5. Untuk akhir sekali susun lada tu dalam periuk dan tuangkan santan tadi bersama  lada rebus dalam 15 minit. 
6. Siap.. Selamat mencuba. 

Ok la korang semua itu jer resepi yang Cik Ash nak kongsikan dengan korang semua, selamat memcuba buat solok lada ni deh. aduhhh lambat eh nak balik kelantan nak beli lada solok nak buat jugak hahahaha... jumpa lagi dientri yang lain. 

P/s untuk korang kalau nak bagi isi tak keluar masa rebus lada tu pecahkan satu biji telur kedalam inti ikan n kelapa tu gaul bagi sebati. 


10 comments:

  1. sedap ni solok lada, makan dengan nasi kerabu. hehe

    ReplyDelete
  2. sedap jgk ni kalau makan nasi panas..nak cubalah buat

    ReplyDelete
  3. Makan dengan nasi kerabu memang sedap

    ReplyDelete
  4. Suami akak suka sangat makanan ni... bolehla akak try buat nanti.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekin ni pebret abe kena buat kalau ada lada hijau ni

      Delete
  5. ayu tak berapa sgt makan solok ni..kalau ade pon pandang hujung mate je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak suka makan inti jah lada x makan hahwhaha

      Delete