TICKER

Monday, February 19, 2018

Resepi Ubi Kentang Goreng Sambal

Ubi Kentang Goreng Sambal | Assalamualaikum.. Hai, Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya..


Entri ni dah lama tersimpan dalam draf hahahha, lupa nak publish sebab terlupa share dekat blog biasa la terlupa bila masak menu simple ni, Sekali sekala masak menu simple begini sedap juga kan. Sambal buat kering tak ada kuah makan dengan nasi yang panas, buat senang dan mudah hihihihi. Lagi pulak tahan lama tak perlu dipanas berulang-ulang pun. Jom kita tengok resepi dekat bawah ni :-

Resepi Ubi Kentang Goreng Sambal

Bahan-Bahan
3 biji ubi kentang (di potong weges)
10 cili kering (kalau nak pedas tambah cili kering)
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1 sudu kfc garam
1 sudu kfc secukup rasa
2 sudu besar gula

Cara membuatnya :-
1. Ubi kentang yang di potonf weges digorengkan hingga kekuningan, toskan minyak atas pelapij tisu.
2. Bawang besar, bawang putih, cili kisar dikisar hingga halus.
3. Panaskan minyak dalam kuali, lepas itu masukkan bahan yang di kisar,tumis hingga bahan kisar pecah minyak.
4. Gaul sehingga masak, masukkan gula terlebih dahulu itu cara orang kelantan sebab nak bagi sambal nampak merah lepas tu baru la masukkan garam, secukup rasa.
5. Bila sambal dah masak sempurna boleh la masukkan ubi kentang yang dah gorang tadi gaulkan hingga sebati.
6. Siap, mudah dan simple

Ok la semua itu jer Cik Ash nak kongsi dengan anda semua mengenai masakan di #dapurcikash ni , selamat memcuba la resepi ni ya. Jumpa lagi nanti dientri yang lain.

23 comments:

  1. Wahh terliurnya. Sudah la tengah lapar huhu

    ReplyDelete
  2. Suka makan yg nipis2 tu. memang xsedar habis sebekas

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. garing. krup krup...
      gaul bila sambal tu dah sejuk.
      maintin garing.

      Delete
  4. Fav ana sambal kentang tp ana suka kentang berlada. Cili ana guna cili merah. Try lah nanti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh boleh try nanti ni thank share ana

      Delete
    2. tak pernah try guna cili merah.
      cili merah aida biasa buat dgn bendi, terung, ikan keli.
      will try someday.

      Delete
  5. i dont really eat sambal but this looks so good. serioussss

    ReplyDelete
  6. Kalau ai.. masak lebih boleh buat bekal ke tempat kerja.. ;)

    ReplyDelete
  7. sedap ni pekena nasi pns2 n kicap perghhhhhhh

    ReplyDelete
  8. sedapnye tu kak ekin...
    suke kentang
    masak la ape pon
    semua bedal

    ReplyDelete
  9. sedap2 nih
    selalu makan dekat kedai
    hehehe

    ReplyDelete
  10. Akak suka resipi ni..selalu makan dekat kantin tempat kerja..tapi diorang letak tempe goreng..memang sedap laa..terbaek laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. letak tempe goreng. ada ikan bilis rangup skit.
      yummy sedap!

      Delete
  11. ehemmm macam best je nak try la resepi ikin.

    ReplyDelete
  12. Dah lama tak buat! Masa duk KL dulu selalu juga buat

    ReplyDelete
  13. selalu buat ni.
    umah aida abis semua bahan dijadikan bahan sambal :)
    can't live without sambal ha ha ha ha.

    ReplyDelete