Monday, November 2, 2020

author photo

Anime: Demon Slayer (Kimetsu no Yaiba) Season 1 | Assalamualaikum... Hai korang, selalu layan drama korea,thailand, melayu tu sekali sekala kita layan cerita bersiri Anime Demon Slayer pulak. Cerita ni suami Cik Ash la suka tengok last-last Cik Ash terjoin sekali hahaha. 


demon slayer

Asalnya cerita Demon Slayer (Kimestsu No Yaiba) ni adalah daripada komik Manga siri tajuk yang sama, ianya ditulis dan digambarkan oleh Koyoharu Gotoge. Siri televisyen online anime pulak oleh studio Ufotable. Siri Demon Slayer ini diarahkan oleh Haruo Sotozaki dengan skrip oleh staf Ufotable.Manakala untuk bahagian muzik di olah oleh Yuki Kajiura dan Go Shiina. Untuk bahagian pereka watak pulak ialah Akira Matsushima. 


Anime Demon Slayer ni Cik Ash tengok dekat Netflix suami kata dah lama dia cari cerita ni setiap kali jumpa dan buka dekat web lain anime disekat sebab cerita dikategori untuk tontonan 16 tahun ke atas maybe ada part-part yang budak-budak tak boleh tengok. Nasib baik di Netflix ni boleh tengok. Tapi tak best bersambung seoason 2 pulak. Suami Cik Ash dia kata cerita ni untuk season 2 akan keluar tahun ni tetapi disebabkan Covid-19 ditangguhkan pada tahun 2021. Lama nak tunggu cerita ni. Hahaha... Apa kata korang baca sinopsis dibawah ni mana tahu teringin nak tengok cerita Anime ni. 


Sinopsis Demon Slayer (Kimetsu No Yaiba) Season 1

Permualaan cerita berlaku di Taisho zaman era Jepun. Tanjiro Kamado dan adiknya Nezuka Kamado ketika itu mereka mencari penawar untuk merawat penyakit Nezuka yang menjadi Demon. Tanjiro dan Nezura terjerat dalam urusan sebuah kongsi gelap, yang dikenali sebagai Korban Pembunuh Iblis, yang telah berperang secara rahsia dengan melawan iblis selama berabad-abad. Iblis adalah bekas manusia yang menjual kemanusiaanya sebagai pertukaran kuasa mereka dengan memakan manusia dan memiliki kemampuan semula jadi yang super seperti kekuatan ahli sihir. Iblis hanya dapat dibunuh jika mereka dipenggal dengan senjata yang dibuat dari aloi yang dikenali sebagai Sun Steel, disuntik dengan racun yang diektrak dari wisteriabunga, ataupun terkena cahaya matahari The Demon Slatyer, di sisi lain adalah sepenuhnya manusia, namun mereka menggunakan teknik pernafasan khas, yang dikenali sebagai nafas yang memberikan mereka kekuatan super dan peningkatan daya tahan.  


Dari segi pengalaman Cik Ash tengok cerita ni, teruja sangat nak tahu pengambaraan Tanjiro dan Nezuka untuk mencari penawar untuk Nezuka yang telah dirasuk menjadi syaitan,tetapi dalam masa yang sama Tanjiro kena hadap misi untuk membunuh iblis yang membunuh manusia, pelbagai rintangan yang dihadapi. Tanjiro seorang yang kuat untuk mengharungi rintangan dan jumpa pelbagai iblis. Gigih belajar untuk mendapatkan kuasa yang kuat dan menjadi seorang Korban Pembunuh Iblis. Nak cerita panjang-panjang tak seronok pulak. Korang kena tengok la cerita ni. Tetapi disarangkan untuk tontonan 16 tahun ke atas. 


Ok la korang itu jer Cik Ash nak bagi mengenai cerita Anime yang sempat tengok bersama suami waktu dia bercuti. Kalau time suami berkerja Cik Ash layan cerita korea. Hihihi.

This post have 6 komentar

avatar
Cik TK delete November 2, 2020 at 9:59 PM

Memang ramai kata kimetsu no yaiba ni best. Tapi tak sempat tengok lagi.

Reply
avatar
Syaz Rahim delete November 2, 2020 at 11:32 PM

Ada part2 budak2 takleh tengok ye, sebab tu kot tak jumpa mula2 ek 😉

Reply
avatar
aienienka delete November 6, 2020 at 2:52 PM

Waahhh, macam best je. Lelaki dengan anime memang kawan baik, sekali dengan game. Haha

Reply
avatar
Cik Ash delete November 30, 2020 at 11:51 PM

Cik TK : ni pun suami la yang layan.. CA terjoin best pulak tengok

Reply
avatar
Cik Ash delete November 30, 2020 at 11:52 PM

Syaz Eym : ha ah ada part yg budak xleh tengok dia macam boleh budak percaya

Reply
avatar
Cik Ash delete November 30, 2020 at 11:53 PM

Aienienka :betul tu aien.. Memang kawan baik dua benda tu

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post