Saturday, November 7, 2020

author photo

Intipati Ucapan Belanjawan 2021 Oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz |Assalamualaikum... Sekarang ramai yang tertunggu apa belanjawan 2021 yang diumumkan pada 6 November 2021 kan. Lagi sebulan nak melangkah ketahun 2021 ni sekejap jer rasa. 


intipati bajet 2021

Tahun ni tema Belanjawan 2021 bertemakan 'Teguh Kita, Menang Bersama'. Diumumkan oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Dirangkankan berdasarkan tiga matlamat induk iaitu Kesejahteraan Rakyat, Kelansungan Perniagaan dan Ketahanan Ekonomi.


Ringkasan Intipati Ucapan Belanjawan 2021 




  • Sebanyak RM1 bilion akan diperuntukkan pada tahun hadapan bagi membendung gelombang ketiga COVID-19
  • Kerajaan bersetuju laksanakan pemberian one-off sebanyak RM500 hargai jasa anggot barisan hadapan KKM.
  • Kerajaan komited dapatkan sumber vaksin COVID-19 antaranya melalui program COVAX.
  • Kerajaan mencandangkan akan naikkan siling Kumpulan Wang COVID-19 kepada RM65 bilion untukk biaya pakej bantuan tambahan KITA PRIHATIN
  • Kerajaan bersetuju meluaskan skop pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan meliputi vaksinasi seperti pneumokokal,influenza dan COVID-19.
  • Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan diri,pasangan dan anak bagi penyakit serius akan dinaikkan kepada RM8,000.
  • Had pelepasan cukai ke atas perbelanjaan rawatan perubatan,keperluan khas dan penjagaan ibu bapa dinaikkan kepada RM8,000.
  • Kerajaan akan perluas perlindungan mySalam ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung atau prostesis.
  • Baucar RM50 diberikan kepada golongan B40 melalui Program Baucar Perlindungan Tenang untuk produk termasuk takaful hayat dan kemalangan diri.
  • Program imunisasi penemokokal kanak-kanak dengan peruntukan RM90 juta akan dilaksanakan.
  • Cukai pendapatan individu turun satu mata peratusan bagi pendapatan RM50,001 hingga RM70,000.
  • Kadar bantuan OKU Tidak Berupaya Berkerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
  • Kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU serta pesakit kronik terlantar dinaikkan kepada RM500.
  • Kadar elaun pekerja OKU dinaikkan kepada RM450.
  • Kadar caruman minimun KWSP pekerja dikurangkan kepada 9 peratus mulai Januari 2021
  • Kemudahan pengeluaran Akaun 1 KWSP sebanyak RM500 sebulan berjumlah RM6,000 dibenarkan untuk 12 bulan.
  • KWSP benarkan pengeluaran Akaun 2 untuk beli produk perlindungan insurans,takaful hayat serta penyakit kritikal.
  • Bantuan Sara Hidup digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan kadar bantuan dan kategori pendapatan lebih baik.
  • Pemberian BPR dijangka memanfaatkan 8.1 juta orang dengan peruntukan RM6.5 bilion berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan RM5 bilion di bawah BSH.
  • Isi rumah pendapatan bulanan kurang RM2,500 dan mempunyai sehingga seorang anak akan terima RM1,200
  • Hampir RM28 bilion khusus untuk subsidi,bantuan dan insentif disediakan bagi tahun 2021.
  • Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah akan terima RM350 melalui BPR, dengan umur kelayakan diturunkan kepada 21 tahun.
  • Kadar cukai pendapatan individu bermastautin diturunkan sebanyak satu mata peratusan bagi pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000, manfaatkan 1.4 juta pembayar cukai.
  • Kerajaann sediakan hampir RM28 bilion khusus untuk subsidi,bantuan dan insentif.
  • RM200 juta untuk Pengedaran Barang Perlu, LPG dan Community Drumming dengan perluasan ke 34 kawasan baharu.
  • Peruntukan Insentif Pengeluaran Getah ditingkatkan sekali ganda kepada RM300 juta, stabilkan pendapatan RM150,000 pekebun kecil getah persendirian.
  • RM1.7 bilion subsidi,bantuan insentif disediakan kepada petani dan nelayan,elaun sara hidup nelayan dinaikan kepada RM300.
  • RM400 juta diperuntukan bagi bantu peneroka FELDA hapus faedah hutang kebun peneroka dan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu.
  • Skim Jaminan Penjanaan Pekerjaan (JanaKerja) libatkan 500,000 peluang pekerjaan baharu termasuk program latihan dan kemahiran dengan perbelanjaan RM3.7 bilion.
  • Pembentukan Majlis Pekerjaan Negara bagi menyelaras insiatif rentas kementerian dan agensi,cipta peluang pekerjaan,peningkatan kemahiran dan latihan pekerja.
  • RM100 juta untuk program HRDF bagi laksana latihan dan kerja secara usahasama dengan majikan sektor swasta.
  • RM100 juta kepada MDEC untuk permudah peralihan bakat tenaga kerja sedia ada, isi keperluan industri IRM150 juta bagi program KPT-PACE iaitu graduan baharu ditawarkan baucar RM3,000 seorang untuk kursus sijil profesional
    CT
  • RM30 juta kepada Perhebat bagi latihan kemahiran, keusahawanan yang dijangka manfaatkan 12,000 veteran ATM
  • Skop pelepasan cukai yuran pengajian diperluas meliputi perbelanjaan kursus, galak rakyat tingkat kemahiran dan menceburi bidang baharu
  • Inisiatif MySTEP dengan peruntukan lebih RM700 juta, tawar 50,000 peluang pekerjaan kontrak sektor awam dan GLC
  • RM24 juta bagi caruman penuh dibawah Skim Bencana Pekerjaan Perkeso, manfaat 100,000 pekerja
  • RM6.5 bilion bagi akses pendidikan kepada institusi Bumiputera seperti MARA dan UiTM, termasuk pendigitalan pembelajaran TVET
  • RM1.4 bilion bagi pengurusan dan pembangunan hal ehwal Islam dibawah Jabatan Perdana Menteri
  • PNB perkenal perkhidmatan wakaf kepada semua pemegang unit amanah ASNB
  • Kadar elaun guru takmir dinaikkan kepada RM900 sebulan, bayaran one-off RM500 diberikan termasuk kepada imam, bilal dan guru KAFA
  • RM95 juta untuk pembiayaan mikro kredit khas usahawan wanita, RM50 juta disediakan di bawah YaPEIM bagi menyokong aktiviti pembiayaan Islam Arrahnu BizNita
  • Pusat Sokongan Sosial Setempat dengan peruntukan RM21 juta disediakan bagi tangani isu keganasan rumah tangga
  • RM100 juta daripada langganan sukuk PRIHATIN untuk penyelidikan penyakit berjangkit merangkumi pembangunan vaksin, kajian rawatan dan diagnostik
  • RM30 juta bagi sediakan taska di bangunan kerajaan, tambah baik sistem sokongan kepada petugas barisan hadapan dan ibu berkerjaya
  • RM10 juta untuk program saringan kanser serviks dan insentif subsidi ujian mamogram kepada wanita berisiko tinggi mendapat kanser payudara
  • Nilai geran bagi Kawasan Rukun Tetangga dinaikkan kepada RM6,000 dengan peruntukan hampir RM50 juta
  • RM50 juta bagi projek pembaikan, penyelenggaraan dan pembangunan kecil rumah ibadat di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan
  • Potongan cukai tambahan diberikan kepada majikan yang menggaji bekas banduan dan bekas penagih dadah dilanjutkan sehingga 2025
  • RM15 juta diperuntukkan kepada CENDANA untuk laksana program kesenian dan kebudayaan, manfaatkan lebih 5,000 penggiat seni dan petugas produksi belakang tabir
  • Jumlah perbelanjaan keseluruhan 2020 dianggar RM314.7 bilion, meningkat RM17.7 bilion berbanding unjuran asal
  • RM158 juta untuk kesejahteraan komuniti Orang Asli termasuk program bantuan sosial
  • Had pelepasan cukai bagi pasangan OKU dinaikkan kepada RM5,000
  • Bantuan kewangan tahunan bagi pengendalian Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) dikendalikan NGO dinaikkan kepada RM50,000
  • Kerajaan akan terbitkan Bon Kelestarian pertama negara untuk tujuan alam sekitar dan sosial pada 2021
  • RM170 juta bagi program pendidikan awal kanak-kanak oleh JKM, antaranya untuk penyelengaraan dan pembaikan tabika dan taska
  • RM20 juta untuk penyediaan pusat komuniti sebagai tempat jagaan anak-anak selepas tamat sesi persekolahan dengan kerjasama NGO
  • RM2.7 bilion diperuntukkan bagi laksana program penambahbaikan infrastruktur luar bandar
  • RM55 juta untuk program pembangunan sukan hoki, ragbi, badminton, berbasikal, pembangunan atlet wanita termasuk RM15 juta kepada pembangunan e-Sports
  • RM103 juta untuk bina, naik taraf dan selenggara kemudahan sukan seluruh negara
  • RM75 juta untuk Program eBelia dengan RM50 one-off dikreditkan dalam akaun e-wallet bagi yang berumur 18-20 tahun.

Sumber : https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1897878

1 komentar:

avatar
Cik Puan Ena delete November 8, 2020 at 7:20 PM

Terkilan tak dapat merasa akaun 1 tu huhu. Tunggu tua la nampaknye

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post