Sunday, November 1, 2020

author photo

Selamat Datang November 2020 | Assalamualaikum...Hai, pejam celik pejam celik kita ni dah masuk bulan November 2020 dah, lagi sebulan kita akan melangkah ke tahun 2021, Allah sekejap jer rasa kan. 



Keadaan dengan semasa bilangan kes Covid-19 meningkat tak sedar dah nak masuk ke tahun lain.. Tahun 2020 penuh dengan cabaran dan dugaan. Semoga tahun 2021 ditunggu penyakit covid-19 dia angkat oleh Allah sepenuhnya Amiinn...


Sekarang keadaan jauh berbeza dengan tahun sebelum ni dimana kita kena hadapi kehidupan normal baru apabila keluar dari rumah seharusnya memakai pelitup muka, kerap cuci tangan ataupun pakai hand sanitazer. Lepas tu kena jaga jarak 1 meter tu pun ada yang tak patuhi. Nak tegur takut la tak pasal orang kata kita ni berlagak pandai kan.. Semuanya dah besar panjang boleh berfikir mana yang betul mana yang salah.. Terpulang itu semua atas sendiri. 


Tahun 2020 juga mencabar buat suami dan Cik Ash di mana ibu mentua selalu berulang hospital dan masuk wad disebabkan kesihatan beliau yang dah uzur. Tambah dengan situasi sekarang nak ke hospital tak berani dengan tempat orang ramai begini kita yang sihat boleh jadi tak sihat bila balik rumah Cik Ash selalu jadi penat dan rasa demam jer nak buat macam mana duduk di tempat kecemasan 10 jam menunggu selesai rawatan mok.  Sebab tu kadang agak kurang berinteraksi di media sosial. 


Pada bulan Oktober 2020 aritu kerajinan pengkongsian artikel dekat blog ada peningkatan sedikit pada sebelum ni. Semoga diberikan kesihatan yang baik dan kerajinan untuk menulis entri dekat blog ni. Blog sebagai diari Cik Ash hihihi. Sebanyak 25 entri yang Cik Ash sempat kongsi pada bulan Oktober aritu.. Kalau korang yang terlepas pandang untuk membaca korang boleh baca link di bawah ni.


Baca : Entri Bulan Oktober 2020


Ok la korang semua itu entri pertama di bulan November 2020 yang nak berkongsi jumpa lagi nanti di entri yang lain. 

This post have 4 komentar

avatar
Syaz Eym delete November 1, 2020 at 11:54 AM

Hai November, please be good to us

Reply
avatar
Husniey Husain delete November 1, 2020 at 6:37 PM

Semoga kita semua sentiasa sihat walafiat.. Moga cepat covid-19 ni di negara kita pulih.. Rindu sangat macam dulu dulu..

Reply
avatar
Cik TK delete November 2, 2020 at 10:26 PM

Tahun ni merupakan tahun yang penuh cabaran buat kita semua. Moga tahun mendatang keadaan kita lebik baik, reda dari covid.

Reply
avatar
N.K Ashadi delete November 6, 2020 at 2:51 PM

Semoga segalanya dipermudahkan untuk Cik Ash dan keluarga. 2020 most unlucky year for all of us. Struggle is much real ini this year. ×…×

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post