Tuesday, November 10, 2020

Ayam Percik Kuah Putih Bakar Guna Air Fryer

Ayam Percik Kuah Putih Bakar Guna Air Fryer | Assalamualaikum... Hai, Lama tak kongsi koleksi masakan daripada #dapurcikash dekat blog ni kan, Last taip entri dekat blog pada 29 Oktober aritu hahaha, Cik Ash hari-hari masak nak tulis dekat blog tu yang malas. 



Senang sangat buat ayam percik kuah putih guna air fryer hahaha, bakar masuk dalam air fryer tak payah nak bakar guna arang bagai nak tunggu sampai masak ,tengok-tengok dah siap. Kuah untuk ayam percik tu Cik Ash masak dalam kuali sampai pekat lepas tu baru bakar ayam dalam air fryer. Jom tengok cara membuatnya di bawa ni.


Baca : Senang Goreng Ayam Guna Air Fryer


Resepi Ayam Percik Kuah Putih


Bahan Perap Ayam

Ayam 6 ketul (kelar-kelar sedikit)

Bawang merah *

Halia *

Garam * 

(bahan * diblend dan disalut pada ayam dan biarkan seketika.)


Bahan untuk kuah putih :

1 biji bawang besar *

1 inci halia *

1 kotak santan (cik ash guna santan kontan ayam brand campur 1 cawan air 

1 batang serai *

1 keping asam keping

garam

(blend bahan yang bertanda *)


Cara memasaknya :-

1. Kisar bawang merah dan halia dan lumur pada ayam dengan garam. Biarkan seketika. Lepas tu Cik Ash kukus dulu ayam dalam kukusan untuk bagi isi ayam masak sikit.


2. Untuk kuah putih pulak blend bahan kuah putih, masuk santan dan bahan blend ke dalam kuali, masak kuah hingga pekat dengan api perlahan-lahan nanti takut pecah minyak pulak. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam.


3. Susun ayam dalam air fyer, Cik Ash dan salutkan ayam dengan kuah putih lapik kertas aluminium untuk bagi kuah tak tumpah di bawah tu, Bakar dalam 160dc 10 minit dahulu.


4. Lepas tu terbalikkan ayam, salutkan kuah lagi sekali dengan kuah putih dan bakar suhu 180dc masa dalam 15 minit. 


5. Siap bakar, baki kuah putih tu boleh letak atas ayam dah masak tu.


Masa buat ayam percik ni suami tengok macam pelik ayam pucat jer hahaha, Cik Ash bagitahu buat ayam percik kuah putih macam kelantan punya sebab terasa nak makan begitu, tengok bila makan nasi suami yang terlebih bertambah-tambah makan nasi, suami sempat kata pucat bukan sebarang pucat ni sedap makan nasi bertambah-tambah hahaha. 


Baca : Resepi Ayam Guna Air Fryer


Baca : Ayam Panggang Guna Air Fryer


Ok la semua itu jer cara Cik Ash masak Ayam Percik Kuah Putih versi Cik Ash selamat mencuba resepi ni ya. 

2 comments:

  1. Sisyat suka ayam.percik putih ni. Tak sabar nak beli air fryer pulak. Selama ni beria bakar pakai arang tu 😅

    ReplyDelete
  2. Menarik ni kuah dia putih. Boleh Cik TK try nanti...

    ReplyDelete

ash.rie8506@gmail.com