Sunday, November 8, 2020

author photo

Drama Angkara Cinta Slot Tiara Astro Prima | Assalamualaikum... Drama terbaru di Slot Tiara lakonan utama Hun Haqeem, Wanna Ali dan Meerqeen. Drama rantaian panjang ni ada sebanyak 70 Episode. Drama ini merupakan adaptasi telenovela Filiphina Tayong Dalawa.




Sinopsis Drama Angkara Cinta Slot Tiara

Mengisahkan tentang dua orang anak muda yang kebetulan berkongsi nama yang saa iaitu Luqmanul Haqeem bin Razlan. Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi dengan kemewahan manakala seorang lagi dihimpit dengan kemiskinan.


Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan memasuki ke Akademi Polis bersama-sama. Mereka berkongsi segalanya bersama, melakukan aktiviti dan rutin susah-senang berdua, tanpa mengetahui hakikat sebenarnya mereka rupanya adalah adik-beradik berkongsi bapa yang sama.


Mariani (Ibu Haqeem) dan Razlan bernikah di sempadan dan Razlan melarikan diri ketika Mariani mengandungkan Haqeem.Razlan rupanya berkahwin dengan Indah dan mendapat anak, Luqman.Razlan dilarang oleh ibunya untuk kembali kepada Mariani dan membuat cerita yang Mariani sudah keguguran.


Akhirnya, setelah beberapa insiden yang berlaku,kisah benar akhirnya terbongkar bahawa Luqman dan Haqeem rupa-rupanya adik beradik satu bapa. Sejak itu, hubungan mereka mulai dingin dan pelbagai konflik mula tercetus. Apatah lagi, Indah tidak selesa dengan kehadiran Mariani dalam hidup mereka.


Ditambah dengan dilema cinta yang dihadapi antara Luqman dan Haqeem yang kebetulan mencintai gadis yang sama iaitu, Adira. Bagaimana nasib Mariani dan Haqeem seterusnya? Adakah Razlan akan menebus kesilapan dan kekesalannya melepaskan tanggungjawab terhadap mereka dahulu?


Apakah Indah akan berdiam diri? Tidak mungkin dia akan membenarkan Razlan membawa Mariani ke dalam hidup mereka. Apatah lagi, ia melibatkan harta kekayaan mereka yang mungkin akan turut dinikmati oleh Mariani dan Haqeem kelak. Bagaimana Adira mahu memilih cinta hatinya? Antara Luqman dan Haqeem, siapa yang akan berjaya memiliki Adira?


Pelakon Drama Angkara Cinta 

Drama ini mengandingkan pelakon Huq Haqeem, Meerqeen dan Wanna Ali. Turut membantu dalam drama ini ialah Yuna Rahim, Syazwan Zulkifly, Azhar Amir,Nina Juren,Sharifah Shahora,Normah Damanhuri,Ku Faridah Alif Muhaimin, Nur Auni Zahra, Syed Irfan, Gen Dawish.


Terbitan Pengarah Dan Produksi 

Drama Angkara Cinta diarahkan oleh Hadith Omar dan diterbitkan oleh syarikat produksi Juita Viden Sdn Bhd.


Apa akan terjadi dalam drama adaptasi telenovela filiphina ini kena sama-sama la tengok sampai episode 70 hahaha, mesti macam-macam akan terjadi nanti, ada pelakon baru jer. 

1 komentar:

avatar
Cik Puan Ena delete November 8, 2020 at 7:19 PM

Merqeen tu anak sedara suami. memang jumpa la raya kampung kt melaka. Tak sangka skrg jadi artis.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post