Thursday, September 8, 2016

author photo
Cabaran Raja Kuah Knorrre 2016 Bahagian Utara Di Alor Setar, Kedah | Assalamualaikum...Hai korang semua ekin harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat ya.. 





Pada 3 September 2016, Unilever menganjurkan satu pertandingan memasak Cabaran Raja Kuah Knor 2016 Bahagian Utara  di Concourse AEON BIG Alor Setar, Kedah, Peserta pertandingan ini akan memenangi hadiah wang berjumlah RM144,00 yang akan menanti pemenangnya pada peserta di 4 peringkat kawasan di Malaysia dengan cabaran terakhir untuk menangi gelaran Raja Kuah Knorr.


Pertandingan ini diadakan buat pertama kali dijangka dapat memberi perhargaan untuk hidangan masakan berkuah Melayu yang mempunyai populariti hebat di kalangan semua rakyat Malaysia. Hidangan kuah merangkumi sehingga 70% daripada hidangan oleh pengendali makanan Melayu, terutamanya masakan kari, kicap dan lemak. Kini munculnya satu trend penggunaan stok ayam yang merangsangkan citarasa berlainan dan Unilever Food Solutions mengakui segala usaha meningkatkan kesedapan masakan berkuah dengan penggunaan Stok Ayam Knorr. Untuk tahun 2016, Cabaran Raja Kuah Knorr mencari hidangan kuah Melayu terbaik di Malaysia serta menghargai pengendali makanan berkreatif dalam usaha mereka memberi hidangan yang terbaik dalam salah satu hidangan kuah,kari, kicap dan lemak. 


Juri Cabaran Raja Kuah Knorr 2016 

Untuk Cabaran ini, para juri terdiri daripada  Chef Selebriti Mohd Johari Edris (Chef Jo), Chef Profesional UFS Mohd Hadzrin Mohd Din dan blogger Utara  Nor Ariffin Hamzah (lebih dikenali sebagai Cikpinz @CP) akan mengadili cabaran bagi menentukan pemenang-pemenang terbaik di kawasan Utara mengikut kriteria kebersihan, persembahan dan citarasa.  


Senarai Pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr 2016

Pemenang utama dari setiap peringkat kawasan akan menghadapi cabaran peringkat akhir di Lembah Klang pada 27 Nov 2016 di mana pemenang Raja Kuah Knorr akan membawa pulang wang tunai hadiah sebanyak RM15,000 dengan pakej Umrah Eksklusif untuk 2 orang. Penaja lain termasuk jenama peralatan dapur komersial Butterfly beserta jenama Santan dan Kicap Harmuni turut menjayakan Cabaran Raja Kuah Knorr ini.

Pemenang-pemenang Cabaran Raja Kuah Knorr Bahagian Utara 


Winner Cabaran Raja Kuah Knorr  Daging Purba Kuah Karipoley Knorr

1st Runner Up  Masak Lemak Udang & Cendawan Sisir Knorr 

2nd Place  Kari Rusuk Lembu Istimewa Ala Knorr Bersama Rias Batang Pisang

Antara Blogger Utara  yang terlibat pada hari majlis Cabaran Raja Kuah Knorr ialah blogger Sha , Izzeyda dan blogger jemputan  Syakira dan Zarul Farhana

Terima kasih kepada pihak UFS (Unilever Food Solutions) kerana di atas jemputan ini. 

This post have 20 komentar

avatar
izzeyda delete September 8, 2016 at 9:13 AM

tahniah kepada para pemenang.. mereka memang layak memang sebab masakan yang dihasilkan memang sedap..

Reply
avatar
CikPuan FiDa delete September 8, 2016 at 10:58 AM

tahniah Carta Pengkomen Tegar Ogos 2016

Reply
avatar
Gee Lion delete September 9, 2016 at 2:50 AM

kari rusuk lembu nampak lebih sedap kot.

salam singgah dari blog diari dandelion. ^_^

Reply
avatar
zarul farhana delete September 9, 2016 at 10:43 PM

dpt rasa masakan depa tu yg best hihi

Reply
avatar
el delete September 10, 2016 at 9:23 AM

banggalah tgk founder kita tu kan
blogger terkenal kut
fuhhhhh lap peluh keti hahaha

Reply
avatar
Nina Mads delete September 11, 2016 at 1:22 PM

tahniah bt pemenang.. rajin depa turun AS

Reply
avatar
Cici delete September 12, 2016 at 8:20 PM

tu diaa. masakan macam professional . patutlah boleh

btw salam kenal ye. kita follower baru awak :D

Reply
avatar
Sha Mohamed delete September 26, 2016 at 10:26 AM

MAsa lemak Dengan Cendawan kukur tu nampak menyelerakan..
Warghh!! Lapar lak..

Reply
avatar
Jari Manis delete September 30, 2016 at 11:26 PM

nape Ekin x bergambar ngan chef Joe tu

Reply
avatar
Cik Ash delete October 1, 2016 at 12:42 AM

tu la founder yg pemes hihihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete October 1, 2016 at 12:43 AM

ekin nak cakap pun ekin tak merasa hihihi

Reply
avatar
Cik Ash delete October 1, 2016 at 12:47 AM

ekin x p la masa ni... hanya promo n tulis saja :)

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post