Monday, March 11, 2019

Sayur Lemak Campur Yang Sedap

Sayur Lemak Campur Yang Sedap | Sebenarnya dah lama Cik Ash masak sayur lemak campur ni, tak ingat bila masaknya, biasa la masak ambik gambar nak kongsi dekat blog ni malas hihihi. Sayur campur memang membuka selera makan nasi bertambah tak ingat hahaha. 



Ibu mentua makan berselera bila buat sayur lemak ni, suka tengok ibu mentua makan kan, Sayur lemak campur senang jer sebenarnya nak buat bukan susah pun. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang perlu ada sebelum kita buat sayur lemak Campur ni. 

Sayur Lemak Campur Yang Sedap

Sayur Lemak Campur Yang Sedap

Bahan-bahan 
Kubis
Kacang buncis
Carrot
Kangkung
Ubi kentang
Terung
bawang merah
bawang putih
lada hitam
Ikan dah direbus 2 ekor
garam secukup rasa
santan kotak
Air 
 
bahan-bahan sayur lemak

Cara Membuatnya :

1. Bawang putih, bawang besar di tumbuk.

2. Ikan direbus dulu lepas buang tulang dan blender bagi hancus sikit-sikit. 

3. Campurkan air bersama santan dan panaskan menggunakan api sederhana. 

4. Kemudian masukkan hirisan bawang merah, bawang putih kacau-kacau biar mendidih.

5. Seterusnya masukkan carrot, ubi kentang,kangkung, kubis,kacang buncis. Masak sehingga lembut. 

6. Akhir sekali, masukkan sedikit garam, secukup rasa dan lada hitam dan biarkan sayur ni hingga mendidih. 

7. Siap!! Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas. 

Eh lupa ada tambahan dalam menu ni kalau masak sayur lemak Cik Ash sediakan telur dadar. Makan dengan nasi panas pulak ada sambal jantan Allah memang terbaik la makan nasi bertambah-tambah. 


Terliur tak tengok dua menu yang Cik Ash buat hihihi, Cik Ash yang menaip ni rasa nak buat pulak hari ini menu ni hahaha parokk.. loni makan tak ingat misi diet hancur tahun ni hahaha.. Ok la korang selamat mencuba resepi Sayur lemak campur yang sedap ni ya.

10 comments:

  1. Cik Ash... Napalah saya baca entri nie, boleh cair selera saya.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Wah.. meriah isi dalam sayur lemak tu.. sedap..

    ReplyDelete
  3. menariknya ada isi ikan rebus sekali dalam tu...macam makan laksa pulak..sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah laksam lemak lebih kurang sama jah buat cuma dlm kuah laksam tu kena tambah halia.. Hihihi

      Delete
  4. wow sedapnya feveret mama tu

    ReplyDelete
  5. hahhaa. hr tu mintak doh ngan cik ash nk buat sayur lemak pucuk paku. thanks weih. memang menamboh namboh nasi

    ReplyDelete
  6. kat rumah ni pun sekali sekalo buat jugok sayor masok lemak.. nnyakut makan dengan ikan kering :D

    ReplyDelete