Wednesday, August 14, 2019

Suasana Hari Raya Aidiadha Di Kedah

Suasana Hari Raya Aidiadha Di Kedah | Hai korang semua, terima kasih masih sudi membaca dan memberi komen dekat entri Mudahnya Nak Cari Hotel Di Cameron Highlands Dengan Bagasi.my. Tak terlambak lagi Cik Ash nak ucapkan Selamat  Hari Raya Aidiladha buat korang semua. Raya Haji tahun ni Cik Ash beraya dekat kedah.

Suasana Hari Raya Aidiadha Di Kedah


Raya Aidiladha ni mak mentua Cik Ash dia berniat nak buat makan ajak saudara mara yang ada dekat kedah ni, kiranya dia sponsor duit untuk beli segala barang nak masak. Semua yang beli barang tu kakak ipar Cik Ash. Memasak di rumah Cik Ash sambil-sambil sambut dapur baru dan mak mentua niat nak buat makan arwah untuk ahli yang dah lama meninggal dunia. 


menu raya


Permulaaan ceritanya malam raya tu kami bergotong-royong memasak  nasi hujan panas,ayam  masak merah, daging kerutuk, buat satay untuk makan esok, sambal sardin, nasi impit, sambal ikan, kuah kacang, acar timu. Malam raya tu juga kak ipar (kak ja) dia siap buat pizza untuk jamu kami semua makan. Tapi sayang terlupa nak ambik gambar pizza hahaha, sebab masa tu handphone tak ada dekat tangan. Memang malam raya makan tak ingat hahaha. Bab cucuk isi ayam untuk satay semuanya anak-anak saudara suami yang buat cepat siap dan laju 4 orang anak dara buat. Hihihi.. Cik Ash tolong apa yang patut jer bukan Cik Ash chef hahaha nak memadai buat pulak kan. Memasak dirumah Cik Ash tetapi chef malam tu kakak ipar yang sulung memerintah dapur hihihi. Kali kedua buat gotong raya makan ni, pernah buat dulu pada tahun 2015. Masa tu tahun kedua beraya raya sebagai isteri dan dapur masa tu sempit lagi buat kerja memasak terhad la sebab ruang memasak tak luas macam sekarang ni.



Anak-anak saudara suami semua dah besar siap boleh tolong buat kerja gotong royong, Yang perempuan malam tu duduk tengah mencucuk isi ayam dekat lidi untuk bakar pagi esok. Kalau raya haji sebelum ni kami tempah tahun ni kami bersepakat nak buat sendiri hihihi. Jimat pun boleh makan dengan puashati hahaha. Manakala yang lelaki macam biasa la berlawan main game mobile lengend sama naik dengan suami Cik Ash hahaha aduhaiii.

Manakala untuk ayam masak merah tu persetujuan anak-anak saudara mereka suka ayam masak merah, untuk daging kerutuk buat jugak takut ada yang tak makan ayam masak merah, tak lupa juga buat sambal sardin kebetulan stock sardin ada dekat rumah ada orang bagi dekat mak mentua sebelum raya puasa aritu. Menu paling win aritu sambal sardin licin habis, menu yang lain masih ada berbaiki lagi sikit hihihi. Jom korang tengok koleksi gambar menu-menu yang di masak untuk raya ni dekat bawah :- 


sambal sardin


kuah nasi impit

daging keruntuk

Ayam masak merah

Acar timun

sambal nasi impit


Itu jer menu yang sempat Cik Ash snap gambar, nasi impit dan satay tak sempat nak ambik hahaha, terlampau sibuk masa tu duk buat air dekat saudara mara yang mari dekat rumah hihihi. Ok la korang itu jer cerita raya Aidiladha Cik Ash tahun ni.. Jumpa lagi nanti ya.

12 comments: