Friday, February 12, 2021

author photo

Filem The Yin-Yang Master |Assalamulaikum...Hai, baru-baru ini Netflix telah melancarkan filem Cina terbarunya, drama yang sarat dengan aksi dan elemen fantasi yang akan membuat kita terpukau dari awal hingga akhir cerita ini.


Yin


Sinopsis Filem The Yin-Yang Master


Filem ini, merupakan adaptasi sari kisah novel karya Baku Yumemakura,filem ini mengisahkan tentang Qing Ming (Mark Chao) pada permulaan filem ini Qing Ming telah kehilangan gurunya kerana gurunya telah diserang oleh ular raksasa yang tertiba menyerang.


Setiap beberapa ratus tahun, iblis ular yang merupakan iblis yang terkuat di dunia telah bangun semula. Setelah kematian gurunya Qing Ming yang mengantikan gurunya untuk menjadi Tuan Guru Yin Yang dan perintah gurunya sebelum dia meninggal, selamatkan ibu kota kerajaan bersama empat tuan lain dari serangan syaitan ular.


Empat tuan terbaik Yin- Yang telah dipanggil ke ibu kota kerajaan untuk melawan iblis termasuk Qing Ming. Tetapi selepas pada itu telah bermula kejadian misteri, salah seorang daripada tuan didapati mati secara tragis oleh serangan siluman.


Qing Ming , merupakan salah satu keturunan iblis rubah, kemudian disyaki tuan lain, sepeti Boya (Aleen Deng) dan Long Ye (Jessie Li). Dia juga mempunyai alibi dan begitu juga tuan yang lain.

Belum selesai, kematian tuannya , tertiba berlakunya peristiwa yang aneh muncul dan menyebabkan Qing Ming dan Boya berkerjasama melawan keanehan yang terjadi sebelum serangan kejam berikut terhadap kerajaan. Pada waktu yang sama, Qing Ming telah menerima berita bahawa matra yang dia gunakannya itu untuk melindungi kerajaan telah hilang. 

Kejadian ini telah membuka peluang 
ular syaitan dan roh jahat untuk datang dan memulakan kekacauan, Sekarang giliran Qing Ming dan Boya harus mencari jalan untuk melawan iblis-iblis itu, Adakah mereka berjaya?

Nak tahu kesudahan siri filem ini korang perlu tengok di Netflix kalau Cik Ash bagi tahu semua tak syok la pulak hihihi. 

Filem ini, telah ditayangkan Netflix sejak 5 Februari yang lalu, siri filem banyak menggunakan kesan CG dan kaya dengan perincian yang seakan memukau, dengan cara penyiasatan yang penuh misteri. Kalau korang yang pernah layan cerita fantasi harus la menonton sekadar untuk hiburan.. 

Tetapi filem tak digalakkan untuk di tengok dengan kanak-kanak bawah 16 tahun mungkin sebab filem banyak berkisarkan diluar pemikiran mereka. Macam kita dewasa ini boleh membezakan sahaja-sahaja nak tengok tak mempercayai sangat cerita begitu nama lagi fantasi kan hihihi.. Kalau tak silap Cik Ash banyak je filem genre fantasi begini yang cina suka buat ada drama bersiri yang pernah Cik Ash layan lakonan (Aleen Deng) Ashes Of Love, Best drama bersiri ini kisah kerajaan dewa dan kerajaan iblis.  

Ok la korang itu jer untuk hari ini Cik Ash berkongsi mengenai filem cina, terpulang pada korang yang menonton ataupun tidak Cik Ash tak memaksa pun. Pengkongsian ini untuk memudahkan korang untuk baca dahulu sinopsisnya baru best kan.

1 komentar:

avatar
Adinda Baizura Mazlan delete February 14, 2021 at 10:43 AM

Nice . Saya suka filem-filem macam ni :)

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post