TICKER

Sunday, April 22, 2018

7 Lifestyle Blogger Pilihan 2018

7 Lifestyle Blogger Pilihan 2018 | Assalamualaikum... Hai korang semua apa khabar ,Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat. Hari ini Cik Ash ada nak kongsikan dengan korang semua Lifestyle Blogger Pilihan 2018.



Cik Ash mula buat blog sekitar tahun 2010 lama sangat tu kan masa tu nama blog yang cik ash masih ingat syasyaekin, selepas dapat anak saudara yang pertama tercetus nama Cik Ash dekat blog ni.. Nama Cik Ash sebenarnya nama panggilan anak saudara dekat Cik Ash. Hihihi.. Blog Cik Ash banyak kongsi tentang resepi,isu semasa, review, tip dan kisah pedoman.. Eh terlebih duk cerita pasal Cik Ash pulak kan. Tahun 2014 baru la Cik Ash aktif blogging selepas jadi isteri.. hahaha

Cik Ash sebenarnya nak share Lifestyle blogger pilihan untuk tahun 2018 ni, kalau ikut ramai yang Cik Ash nak senaraikan untuk lifesytle blogger ni tapi buat masa ni Cik Ash senarai 9 Lifestyle Blogger Pilihan 2018 dahulu ya. Antara mereka yang bertuah tersenarai ialah seperti di bawah :-

1. Zaza Iman


http://www.zazaiman.com

Pemilik blog zaza iman ni menetap di pahang, seorang blogger yang aktif menulis tentang Tip untuk menjana pendapatan dengan blog, beliau juga seorang beuaty blogger yang aktif review pelbagai produk cosmestic, bukan itu sahaja blog beliau juga ada selitkan food review. So yang mana belum mengenali Zaza Iman blog singgah blog beliau. Zaza satu geng dengan Cik Ash sukakan kucing selalu sharing pasal kucing dekat facebook.



Pemilik Blog TengkuButang ni seorang mama kepada harraz yang comel hihihi, Nama TengkuButang adalah nama haiwan kesayangan beliau iaitu Kucing, Blog beliau ada sharing tentang hal peribadi, review macam-macam produk,turut kongsikan tips untuk cantik dan sihat, tak lupa beliau turut selitkan setiap resepi di blog antara resepi dekat blog TB yang paling menarik minat Cik Ash nak cuba nanti adalah Resepi Daging Kunyit. So kepada yang belum mengenali beliau boleh la singgah dekat blog TB. TB juga satu geng Cik Ash minat kucing.

3.Syamimi Saad
 
Pemilik blog Syamimi Saad ni merupakan seorang ibu kepada dua anak, Mimi banyak sharing Resepi,tambah pendapatan,ada juga diselitkan tips rumah tangga dan slot review di blog beliau. Resepi yang paling Cik Ash suka sambal petai tu hahaha sebab ianya adalah febret suami. So kepada yang belum mengenali beliau boleh singgah blog Syamimi ya. 

4. Wawa Ashiharaa



Pemiik blog Wawa Ashiharaa ni merupakan blogger yang aktif di sekitar johor baharu, seorang freenlance makeup, beliau merupakan blogger beauty dan suka buat video live pelbagai tutorial tentang mekap up dan produk yang beliau review. Suka tengok wawa mekap up teringin nak mekap up gak hahaha tapi tak pandai la. So yang mana berminat nak guna khidmat untuk mekap up dan review boleh la singgah ke blog Wawa Ashiharaa ni.

5. CahayaPermata



Pertama kali Cik Ash masuk blog CahayaPermata ni suka tengok header dia comel sangat ada warna warni pelangi hihihi, Nama pemilik blog CahayaPermata ialah NurAlja, Beliau merupakan seorang blogger separuh masa yang banyak kongsikan berkenaan dengan beauty blogger, lifesytle, tips yang menarik yang boleh kita buat rujukan, tutorial untuk blog pun beliau ada selitkan juga. NurAlja pun seorang bloggerkakimakan sebab Cik Ash usha dekat blog beliau ada sharing pasal food hihihi..kita geng kakimakan gak ni..

6. www.iuzira.com



Pemilik Blog iuzira ni adalah seorang blogger lifestyle yang memang aktif disekitar Kuala Lumpur. Nama beliau ialah Hazirah Shah, Cik Ash selalu singgah blog beliau tapi jarang sangat tinggal jejak hihihi, di dalam blog beliau banyak kongsikan tentang review, motivasi, tips dan event. Beliau juga merupakan agent Tisu Imaan so kalau korang yang nak mencari produk Imaan tu boleh la hubungi Hazirah ya.

7. Diana Rashid



Sebenarnya blog kak Diana dah lama Cik Ash follow cuma jarang sangat nak tinggal jejak hihihi, jadi slient reader selalu singgah blog beliau baca pasal-pasal info yang semasa yang di kongsi dalam blog kak diana ni, turut juga diselitkan pasal kekeluargaan, resepi, review, kecantikan, fesyen, kesihatan dan panduan yang boleh kita rujuk. Cik Ash selalu follow facebook kak diana selalu share kisah anak-anak beliau kadang status kak diana buat Cik Ash duk gelak sorang-sorang depan laptop ni. So yang mana belum mengenali Diana Rashid boleh singgah ke blog beliau ya. Kak diana pun ada pelihara kucing gak nama korea hihihi.

Ok la korang semua ni jer dulu senarai Lifestyle Blogger Pilihan 2018 yang Cik Ash senaraikan di atas, so kepada sesiapa yang berminat nak memcari blogger untuk membuat produk review, boleh la contact mereka di atas tu sebab kesemua yang tersenarai ada buat servis review juga. Jumpa lagi dientri yang lain nanti.

18 comments:

  1. semuanya mek tak pernah jejak. hihi. boleh la kenal kenal pulak nnt.

    ReplyDelete
  2. nanti boleh bw kat blog diaorang!

    ReplyDelete
  3. Blogger2 terhebat . CCL selalu terjah blog diorang ..

    ReplyDelete
  4. semua perempuan ek... laki? xde yang lifestyle ke?

    ReplyDelete
  5. Tengkubutang tu pernah singgah blog dia sebelum ini tapi sekarang rasa cam dah lama tak blogwalking hehe..kena blogwalking balik ni

    ReplyDelete
  6. Semua memang dikenali ramai ..aktif dimedia sosial..mimie pernah jumpa face to face..

    ReplyDelete
  7. ada satu dua yang tak familiar. yang lain dah familiar dah hehehe. nak pergi jejak sat yang belum familiar tu :d

    ReplyDelete
  8. Ada yg Aida x pernah jejak sekian lama blogging.
    Tapi katanya 2018 kan. Akan dtg la tu.

    ReplyDelete
  9. Tq kak.. 😘 yang lain2 pun semua best2.. Dulu tak berapa knl.. Skg dh kenal hehe.. Masing2 ada kelebihan dan story yg menarik utk dibaca. Lovee

    ReplyDelete
  10. Wahhh.. ada yg kenal n ada yg x kenal.. insyaallah nnti kite jejak mereka.. 😉

    ReplyDelete
  11. nak terjahlah diorang ni, boleh jadi role model utk blog kite yg sendu sendan ni, uhuks..

    ReplyDelete
  12. Ccl selalu terjah blog diorang .. penuh informasi

    ReplyDelete