Thursday, September 3, 2020

author photo
Sinopsis Filem JEBAT Lakonan Sharnaaz Ahmad Dan Nelydia Senrose Di Astro First | Assalamualiakum... Selamat pagi. Cik Ash ada berita baik kepada korang yang rindu dengan lakonan gandingan hero dan herion drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang pernah suatu ketika dahulu mencipta femenome dikalangan peminat drama ni.



Siapa pernah layan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta memang tak sabar nak tengok filem JEBAT ni kan, Cik Ash pun tak sabar nanti nak suruh suami langgan astro first hahaha.  Ada yang masih tidak tahu Filem JEBAT ni adalah sebelum ni ditayangkan sebagai drama di astro Ria. Selepas 6 Tahun kembali sebagai filem. Siapa tak teruja nak tengok lakonan dua aktor yang hebat ni kan. Filem ini akan ditayangkan di Astro First pada 3 September 2020. 

Untuk filem JEBAT merupakan arahan Khan Mancung (Jamal Khan) dan di bawah terbitan Pena Creative Sdn Bhd. Pengarah yang sama untuk drama 7 Hari Mencintaiku 2. 

Sinopsis Filem JEBAT Lakonan Shahnaz Ahmad Dan Nelydia Senrose Di Astro First

Jebat dan Mastura berbulan madu di Prague di taja oleh kakak Mastura Hannah Maryam. Keseronakan mereka terganggu apabila Jebat perasan kehadiran lelaki bertatu ular yang cukup dikenalinya. Tanpa memberitahu Mastura dia bergegas mengajak Mastura pulang ke Malaysia dengan alasan bapa saudaranya, Bujang sakit,Uncle Bujang juga diserang menyebabkan Airen menghubungi Jebat. Mastura dibawa tinggal di villa keluarganya untuk mengelakkan dari diserang semasa Jebat melawat Uncle Bujang seklai lagi mereka di serang. Jebat mengarakkan Airen menyelamatkan Mastura dan Uncle Bujang, tapi Mas degil mengekori Jebat. Dia semakin curiga dengan Jebat hinggalah Jebat menceritakan kisah silamnya. Setelah Jebat mengetahui dia di serang oleh geng Uncle Keong, dia ke Taiping untuk bersua dan menyelesaikan semuanya. Kehadiran Mastura melambatkan pergerakannya. Apatah lagi dengan sikap degil dan keras kepala Mas. Jebat juga diekori Jasmine yang juga berdendam dengannya hingga menjadikan Mas sebagai tebusan. 

Apakah akan terjadi dalam filem JEBAT ni korang kena lah langgan Astro First.hihihi... Tak pun tunggu la nanti ada blog-blog yang akan upload filem ni. Fiem ni ditayangkan di Astro First (480) bermula 3 September 2020. 


Pelakon Filem JEBAT

Gandingan pelakon Sharnaaz Ahmad sebagai Jebat dan Nelydia Senrose sebagai Mastura. Di dalam filem dibantu menjayakan Filem ni adalah Idris Khan, Peter Davis, Carmen Soo, Rahim Bunag, Sangeeta Krisnasamy dan Louisa Chong.

Ok la korang itu jer untuk pengkongsian Cik Ash hari ini untuk berkongsi dengan korang mengenai Filem JEBAT lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose, Korang juga boleh baca versi novel di BACA ONLINE.

This post have 2 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post