Sunday, December 20, 2020

author photo

Roti Hamlet | Assalamualaikum... Sebenarnya menu Roti Hamlet dah lama Cik Ash buat kalau tak silap tahun 2018. Tahun 2020 baru nak kongsi dekat blog, hihihi, baru jumpa gambar masa clear-clear gambar terjumpa gambar roti hamlet ni. 


roti hamlet


Roti Hamlet ini dekat Kelantan sangat popular menu ni, bagi orang yang pertama kali dengar nama mesti terasa pelik, Kalau di kelantan menu ni paling popular sangat. Cara membuat roti hamlet pun senang guna 4 bahan jer. Jom tengok bahan-bahan yang perlu kita guna untuk membuat Roti Hamlet ni. 


Resepi Roti Hamlet


Bahan-bahan 

Roti Hotdog / Roti Kebab 

Telur 3 biji 

Kaya

Majerin/ Planta


Cara Membuatnya : 

1. Pecahkan 3 biji telur dan kacau sampai berbuih dan masukkan garam sedikit. ketepikan

2. Belah roti hotdog di bahagian tengah dan sapukan planta ataupun majerin. 

3. Guna non stick pan, Cik Ash guna pemanggang ajaib masa nak buat roti hamlet ni. Panaskan pan kemudian bakar roti hotdog sampai garing dan lembut, lepas tu angkat letak tepi.

4. Tuangkan telur yang dikacau tadi ke dalam pemangang ajaib, kemudian ambil roti hotdog yang dibakar tadi letak di atas telur tersebut. Biar disaluti telur. 

5.Dah nampak masak terbalikkan dan angkat letak dalam pinggan. 

6. Sapukan seberapa kaya korang suka. Lagi banyak lagi sedap dimakan. 


Ok la korang itu cara yang Cik Ash buat roti hamlet.. Lama sangat tak buat nanti cari barang-barang kita buat lagi la..

1 komentar:

avatar
Cik TK delete December 21, 2020 at 9:43 PM

Wah tak pernah try lagi roti hamlet ni. Biasa kalau buat roti dan telur macam ni Cik TK letak sos cili. Boleh try nanti ni.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post