Thursday, December 10, 2020

author photo

Drama Sang Pewaris  Lakonan Ben Amir Dan Amyra Rosli | Dah lama tengok Ben Amir dan Amyra Rosli berlakon kan. Kali mereka digandingkan bersama dalam drama terbaru di Slot Lestary. Ben Amir last Cik Ash tengok dia berlakon kalau tak silap telemovie yang michal ang tu entah lupa dah nama telemovie tu. 




Drama Sang Pewaris ini merupakan adaptasi novel yang berjudul sama hasil karya penulis Fizziany telah menemui penonton Slot Lestary TV3 mulai 26 November 2020 yang menggantikan drama Lelaki Lingkugan Cinta. 


Pelakon Drama Sang Pewaris 

Drama ini mengandingkan pelakon Ben Amir Dan Amyra Rosli sebagai watak utama. Turut membantu dalam drama ini adalah Fad Anuar, Wan Sharmila, Mimi Ernida, Fizz Fairuz, Zarynn Min, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Sheila Mambo, Hairun Hashim, Acong Sweetchild dan Zaefrul Nordin.


Pengarah Dan Terbitan Produksi 

Drama Sang Pewaris diarahkan oleh Eyra Rahman dan diterbitkan oleh syarikat produksi Global Station Sdn Bhd.


Sinopsis Drama Sang Pewaris 

Ali (Ben Amir) seorang pemuda kampung biasa yang tinggal bersama dengan ibu baapa angkatnya, Pak Samad (Harun Hashim) dan Mak Bedah (Sheila Mambo). Meskipun mereka sejenis ingin cepat kaya, tetapi mereka sangat sayangkan anak angkat mereka memandangkan mereka sendiri tidak dapat zuriat. Ali sering mendapat mimpi pelik sejak remaja hingga kini masih tidak faham kenapa ia selalu datang kepadanya. Dia sering didatangi oleh gadis sama dalam mimpinya. 


Ali diberitahu oleh Haji Mahmud (Zamarul Hisham) bahawa dia adalah pewaris kekayaaan Tan Sri Megat Khairuddin (Zaefrul Nordin) dan Puan Sri Kamariah (Zarynn Min) dan diminta untuk pulang atas arahan majikannya. Nama sebenar Ali adalah Megat Dali. Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui dia mempunyai kembar bernama Megat Amer (Ben Amir). Haji Mahmud meminta Ali bertemu dengan keluarga kandunganya, namun Ali mengubah fikirannya dan menghilangkan diri. 


Ali merancang menyamar sebagai tukang kebun untuk mengenali keluarganya dengan lebih baik. Di sana, Ali jatuh cinta kepada Zara Aireena (Amyra Rosli), anak angkat keluarganya. Mereka sering bertelagah terutamanya mengenai bunga-bunga yang Zara sayangi. Namun Ali terpaksa akur gadis itu merupakan tunang kembarnya, Megat Amer. Ali juga mencari kebenaran mengenai kisah penculikannya sewaktu bayi dan punca dan mengapa Puan Sri Kamariah memiliki sikap suka menyendiri dan seakan-akan orang gila. Dengan bantuan Zara, anak kandung Haji Mahmud, dia dapat menyiasat lebih lanjut siapakah dalang dalam penculikannya. Dalangnya adalah orang yang terdekat dengan Puan Sri Kamariah. Namun begitu, siapakah gerangan orang tersebut? Adakah Haji Mahmud? Atau Zara  yang dipaksa menjaga Puan Sri Kamariah sejak kecil? Atau mungkinkah pembantu rumah dan pemandu peribadi, Che Som (Ieda Moin) dan Pak Kadir (Acong Sweetchild)? Atau juga Dr Mahfuz (Fizz Fairuz) yang merupakan doktor peribadi Puan Sri Kamariah?


Cara Nak Menonton Drama  Sang Pewaris

Bagi sesiapa yang tertinggalan nak menonton drama Sang Pewaris dekat TV3 korang tak perlu risau korang boleh menonton di WeTV ataupun aplikasi WeTV.




Tonton Drama Sang Pewaris  

Drama Sang Pewaris - Episod 1 

Drama Sang Pewaris  - Episod 2

Drama Sang Pewaris  - Episod 3

Drama Sang Pewaris  - Episod 4

Drama Sang Pewaris  - Episod 5

Drama Sang Pewaris  - Episod 6

Drama Sang Pewaris  - Episod 7

Drama Sang Pewaris  - Episod 8

Drama Sang Pewaris  - Episod 9

Drama Sang Pewaris  - Episod 10

Drama Sang Pewaris  - Episod 11

Drama Sang Pewaris  - Episod 12

Drama Sang Pewaris - Episod 13

This post have 2 komentar

avatar
Unknown delete December 10, 2020 at 2:34 PM

Boring drama ni.. mula2 macam best tapi dah lama2 bosan. macam slow pun ada.

Reply
avatar
R1se Hluoluo delete July 29, 2021 at 5:03 PM

Permainan meja craps merupakan permaiann dimana kalian menempatkan taruhan pada dadu yang akan muncul dalam satu putaran, maupun sejumlah putaran dengan satu buah dadu.

Tidak seperti pada permainan lainnya dimana dealer mengatur semua jalannya permainan. Pemain dalam meja crap dapat menjadi shooter atau pelempar dadu dalam meja tersebut.

Permainan craps https://www.menangpialadunia2018.com/ telah menjadi salah satu permainan yang paling populer di semua kasino seluruh dunia selama puluhan tahun.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post