Wednesday, May 31, 2017

author photo
Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus

Nasi goreng ikan rebus

                                                                Assalamualaikum..
Hai korang semua apa khabar cik ash harap semua berada dalam keadaan sihat ya..

Baru-baru sebelum nak puasa cik ash ada buat Nasi Goreng Ikan Rebus makan sarapan pagi..alhamdulilah sedap sangat nasi goreng cik ash buat suami dan ibu mentua siap bertambah-tambah.. mungkin ikan rebus membangkitkan selera di tambah dengan telur masin yang direbus lagi la kan..

Ibu mentua  siap kata zaman dulu ikan rebus paling orang suka, lauk paling simple makan dengan nasi putih dah kira sedap sangat.. sebab tu la kalau tengok ma,mok(nenek) dan ibu mentua suka sangat ikan rebus tak ada lauk pun tak pe.. hihihihi..

Anda pernah makan nasi goreng ikan rebus ke, kalau belum pernah makan , meh la cuba resepi yang cik ash nak kongsikan dengan anda semua dekat bawah ini.. Selamat mencuba resepi yang senang dan simple sangat.. mana taw boleh buat menu untuk bersahur gak nanti.. hihihihihi..

Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus

Bahan-bahan:-
Nasi (guna nasi lebihan yang semalam)
4 Ikan rebus goreng (dihancurkan)
1 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih  (ditumbuk)
1 biji telur
sedikit garam dan serbuk pati sedap.

Cara Membuatnya :-
1. Goreng telur bagi hancur.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
3. Selepas tu masukkan ikan rebus yang dihancurkan tu ke dalam kuali.
4. Goreng seketika lepas masukka n telur goreng
5. Masukkan sedikit garam dan serbuk pati sedap.
6. Tuang sedikit kicap gaul hingga sebati..
7. Siap boleh di hidang bersama dengan telur masin yang telah direbus.

Ok la itu saja resepi yang saya ingin kongsikan dengan anda semua, selamat mencuba resepi yang senang ni ya.. Resepi Nasi Goreng Ikan Rebus pembuka selera sesiapa sahaja bila makan.. hihihihi



This post have 11 komentar

avatar
Cik Nor delete May 31, 2017 at 9:37 AM

pernah..org terengganu buat..:)

Reply
avatar
apekinahdotcom delete May 31, 2017 at 11:35 AM

Sedap ni. Nanti nak cuba la. Time kasih share resepi ni

Reply
avatar
el delete May 31, 2017 at 1:18 PM

lama x makan ikan rebus
dedulu mmg hantu ikan rebus haha

Reply
avatar
Hsna Rahman delete May 31, 2017 at 4:21 PM

wahhh festime dengar dan tahu kewujudan nasi goreng ikan rebus..biasa dengar ikan bilis je


hihihi

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete June 5, 2017 at 8:22 PM

rabia suka makan nasi goreng..my favourite food ni

Reply
avatar
Rabiahtul adawiyah delete June 5, 2017 at 8:36 PM

adik suka makan nasi goreng pattaya

Reply
avatar
Cik Ash delete June 5, 2017 at 10:37 PM

memey sedap kin.. try la

Reply
avatar
Cik Ash delete June 5, 2017 at 10:38 PM

awat tak makan lama dah tu..

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post