Monday, February 8, 2021

author photo

Semakan Status i-Sinar Kategori 2 Lulus Atau Tidak Lulus Pada 8 Februari 2021 | Assalamualaikum... Untuk maklumat semua permohon i-sinar kategori 2 korang dah boleh membuat semakan permohonan i-sinar mulai 8 Februari 2021 hari ini adakah lulus ataupun tidak.


sinar



Bagi pemohon kategori 1, korang akan menerima bayaran mulai 8 Januari 2021, Bayaran akan dikreditkan ke akaun permohon secara berperingkat-peringkat. Korang juga boleh membuat semakan pada 8 Februari 2021 untuk pemohon kategori 2. Suami Cik Ash ada buka laman sesawang i-sinar pada pukul 12.00 am , KWSP dah memohon maaf kerana terdapat masalah teknikal  pada status i-sinar online. Maybe sebab ramai nak semak status permohanan hihihi. Korang tak perlu risau pukul 8.00 pagi tadi pemohon dah boleh membuat semakan semula untuk tahu status permohonan lulus ataupun tidak lulus. 


Cara Untuk Menyemak i-Sinar Kategori 2 


Korang yang ingin membuat semakan status permohonan kategori 2 boleh klik SEMAK STATUS i-Sinar untuk tahu adakah lulus ataupun tidak lulus. Untuk chek status i-Sinar korang boleh ikut langkah-langkah di bawah ini. 


1. Sila layari laman sesawang rasmi iSinar KWSP di sini : 

    

2. Sila Klik Kotak Semak Satus Permohonan

3. Untuk maklumat, pemohon hanya boleh membuat semakan bermula pada 4 Januari 2021. 


Tarikh Bayaran i-Sinar Kategori 2


Bagi pemohon i-Sinar kategori 2 tarikh pembayaran dijanka dibayar mulai 25 Februari 2021 secara berperingkat-peringkat. Untuk kategori 2, pembayaran pendahuluan i-sinar telah dibuat awal melalui interim yang telah bermula pada 25 Januari 2021 yang lalu. Dan mengikut makluman yang diperolehi oleh Pegawai KWSP melalui LIVE chat, ianya akan mulai pada 25 Februari ini secara berperingkat.Untuk pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohanan korang. Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank yang korang miliki.  Korang juga boleh menyemak baki simpanan Akaun 1 secara online melalui aplikasi atau portal i-Akaun dan di cawangan atau Kios KWSP yang berdekatan korang. 





This post have 2 komentar

avatar
Aisya Ismail delete February 8, 2021 at 5:04 PM

Ada kawan Ai semalam check lulus harini dah in process balik.

Reply
avatar
anamizu delete February 8, 2021 at 5:14 PM

bestnya pada yang layak mohon i-sinar.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post