TICKER

Sunday, May 1, 2016

Resepi Donut Green Tea

Resepi Donut Green Tea | Assalamualaikum...Hai korang... sekarang duk viral air Air Teh Hijau di mana-mana kan.. apa kata kita cuba ubah green tea jadi donut hihihihi... idea ni terlintas 2-3 hri lepas nak buat Donut Green Tea so apa lagi Cik Ash cuba la buat guna resepi donut yang sedia ada jah cuma tambah air green tea yang dah direndamkan tu.. Cik Ash ratu buat kuih donut setiap kali buat kuih mesti donut, tanya suami tak jemu tak ada pulak cakap... nasib baik suami makan jah Cik Ash buat hihihi... entri yang tertangguh baru sempat share sory taw..


Nampak kehijauan Green Tea tu... Cik Ash  letak sikit jah tu.. Ok jom kita usha resepi Donut Green Tea ni... best sangat makan abang kata sedap sangat... 

Resepi Donut Green Tea 

Bahan-bahan :-
2 Cawan Tepung Gandum
2 Sudu Besar Yis 
2 Sudu Besar Gula 
1/2 Cawan Air 
2 Sudu Besar Marjerin 
sedikit serbuk green tea rendam  dalam air sikit saja 

Cara Membuatnya :-
1. Campurkan gula dan yis ke dalam air dan biarkan sehingga berbuih taw
2. Gaulkan tepung gandum dengan marjerin hingga sebati. 
3. Tuangkan air yis tadi sedikit-sedikit dan uli sehingga doh tak melekat di tangan sambil uli jangan lupa masuk air green tea yang kita rendam sekali taw..
4.Uli lama lagi gebu lepas tu biarkan selama 1 jam 
5. Lepas dah kembang doh tu tumbuk tumbuk bagi buang angin 
6. Bentukan la doh dengan acuan donut kalau tak ada acuan buat jah sendiri hihihi..
7. Biarkan sebelum nak goreng bila dah kembang boleh terus goreng..
8. siap goreng gaulkan dengan gula aising la ya.. 




Ok itu saja Resepi Donut Green Tea yang Cik Ash kongsi mungkin korang ada cara lain nak buat  resepi donut yang lain boleh jah ikut resepi cuma tambah serbuk green tea jah... Nak koleksi resepi lain boleh la usha #dapurcikash


6 comments: