TICKER

Wednesday, December 27, 2017

Bendi Goreng Telur

Bendi Goreng Telur | Assalamualaikum... Hai,Cik Ash harap semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat ya.. 


Baru-baru Cik Ash pergi shopping lauk pauk untuk seminggu makan di pasar borong di pandang serai nuh, memang pergi situ sangat best semua benda ada. cik ash dan suami saja-saja pergi dulu nak kenal tempat kak ipar yang ajak pergi beli sana sebab ikan kat sana jauh lebih murah daripada tempat yang cik ash beli kat pasar borong kenari nuh.. 

Eh terlebih bercerita pasal Cik Ash pergi beli lauk pauk pulak, hahahaha, ibu mentua ni dia mengidam nak makan bendi dan peria, so Cik Ash beli bendi,pucuk jagung, peria rm10. lepas tu ikan sardin 2 kg rm18 ayam 2 ekor rm 26..  itu jer la yang cik ash shopping kat sana. 

Sebenarnya Cik Ash update entri ini nak share bendi goreng telur dengan korang semua, saja-saja ubah selera sikit bendi selalu Cik Ash celur jer suami nak makan dengan budu hihihihi... hari ini jer terlebih rajin ubah cara masakan best sekali sekala ubah habis licin bendi goreng telur Cik Ash taw. Jom usha resepi dekat bawah ni :- 

Resepi Bendi Goreng Telur

Bahan-bahan 
4 biji Bendi 
1 biji telur 
Segengam ikan bilis 
2 ulas bawang putih 
1/2 bawang besar merah 
sedikit garam 
sedikir serbuk perasa 
1 sudu besar cili kisar

Cara membuatnya :- 
1. Cuci Bendi dan potong serong-serong 
2. Bawang besar dan bawang putih ditumbuk.
3. Goreng ikan bils hingga garing.
4. Selepas itu masukkan bawang putih dan bawang besar tumis hingga bawang kekuningan. 
5. Masukkan cili kisar tumis hingga cili kisar garing.
6. selepas itu masuk telur biarkan seketika dan kacau hingga hancur. 
7. Masukan garam dan serbuk perasa. 
8. Goreng bendi sampai masak dan siap boleh di hidangkan nasi panas. 

 Ok la itu resepi yang Cik Ash nak share dengan korang semua, senang sangat kan.. hahahahah..biasa la Cik Ash masak yang simple-simple jer suami suka macam tu.. kalau dia buat permintaan nak makan gulai, baru Cik Ash buat tengok kalau ada stock santan kotak la.. hahahahaha..


5 comments:

  1. Ni feveret Fatin!Paling suka masak zaman study dulu. Sebab pantang jumpa bendi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni abang yang suka.. Tu masak cara ni

      Delete
  2. simplenya resepi. kena test ni nanti.

    ReplyDelete