TICKER

Wednesday, December 6, 2017

Gulai Nasi Belauk Kelantan

Gulai Lemak Kuning Nasi Berlauk Kelantan | Assalamualaikum.. Hai, baru sempat nak update resepi gulai lemak kuning nasi berlauk kelantan dekat blog, maaf mood nak menulis tak mari sebab kesihatan agak kurang baik sikit loni.. biasa la umur semakin meningkat ni macam-macam la sakit.. 


Kalau ikut dah lama tak buat gulai nasi belauk ni, baru-baru ni suami kata dia teringin nak makan gulai nasi berlauk kelantan ni, gulai ni memey febret suami tak yah lauk lain pun tak pe, makan bertambah-tambah alhamdulilah suka tengok suami dan ibu mentua makan.. hihihi

Gulai Nasi Berlauk Kelantan memey popular di kelantan taw, kalau masa Cik Ash duk kelantan dulu selalu duk beli nasi berlauk ni letak sambal pahtu ada timun, kacang panjang fulamakkkk sedap molek nasi berlauk kelantan taw.. dekat tempat kawasan Cik Ash kerja dulu pagi memang ada yang jual, semua cik ash dah try makan hahahaha, memang kelantan syurga makanan sangat.


Eh terlebih bercerita pasal Cik Ash di kelantan pulak, nampak sangat rindu kampung ni hahahaha, kalau anda teringin nak cuba resepi Gulai Nasi Berlauk Kelantan ni boleh la cuba resepi daripada cik ash tu pun buat untuk 3 orang makan jer pun. 

Resepi Gulai Nasi Berlauk Kelantan 

Bahan-Bahan
Kepala Ikan Ayo a.k.a Tongkol (nak masukkan isi pun boleh jer ni sebab ada lebihan kepala itu yang buat gulai)
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas 
1 biji bawang besar 
1 sudu besar cili kisar
6 asam keping 
1 santan kotak (guna santan ni sebab yg fresh tak ade)
kacang panjang (tak letak sebab xde stock)
timun (tak letak juga)
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil anjinamoto
lada solok (xde tak letak)

 Cara Membuatnya :- 
1) Ikan tu kena rebus dulu taw masukkan asam keping,garam tu kena agak nak bagi rasa masin ikan nanti dan cuka untuk bagi pejal isi ikan. rebus sehingga air hampir kering dan tutup api.. Seeloknya ikan dibiarkan semalaman lagi sedap. 
2) Untuk kuah pulak blender kunyit, bawang besar,lengkus, cili kisar sampai lumat, masukkan kedalam periuk bahan kisar dengan santan kotak tu, dengan air secukupnya ya.. masak dengan api perlahan sambil tu selalu la kacau gulai tu tak nak bagi santan berketul-ketul.
3) Bila gulai dah mendidih boleh la masukkan ikan dengan asam keping, timun, kacang panjang tu,kacau lagi tak nak bagi santan berketul. 
4) Selepas itu sesuaikan rasa. Gulai ini nak lebih sedap mesti kena ada rasa masin dan sedikit manis dan pada ikannya mesti ada masin dan masam.
5) Masak bagi mendidih lagi.. bila dah rasa semua dah ok boleh la tutup api tu.. 
6) Hidangkan dengan nasi putih, berserta dengan sambal. 

Ok la anda semua itu jer resepi yang Cik Ash buat ni cara buat sebab masa tu ingat ma pernah buat sambiil tu ada tanya ibu mentua masa mula-mula buat gulai ni ar ingat dalam kepala otak cara ini hahahhaha... Jumpa lagi nanti ya.. entri lain yang lain.. kalau anda tengok resepi yang lebih detail boleh tengok blog azie kitchen dekat situ ada taw.. 

28 comments:

  1. selera la nengok resipi cik ash..musim hujan, sedap makan lauk cemni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hom betul2 abe dia suruh buat sebab musim hujan la makan pulak dengan budu alahai nyakut molek la

      Delete
  2. Memang cukup femes nasi berlauk ni. Tapi nk lagi best guna santan segar memang terangkat la nak-nak hujan camni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cik tie betul2 tu memang guna santan segar lagi best sangat.. ni sebab xde stock santan segar rumah guna yang kotak jer.. hihihihi

      Delete
  3. Oernah rasa menu gulai nasi berlauk kelantan ni . Mujur ada orang kelantan buka gerai jual makanan macam ni berdekatan umah CCL dapat jugak lah merasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. gulai nasi berlauk kelantan memey sedap hahahhaha.. makan tak ingat kalau sambal timun, kacang panjang lada solok lagi..

      Delete
  4. Tak pernah rasa lagi gulai nasi berlauk kelatan ni tapi nampak macam masak lemak je rasa dia. Kalau makan dengan sambal belacan memang sedap tu.

    Speedy recovery cik ash :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah dia lebih kurang masak lemak jer.. kelainan sikit gulai nasi berlauk dia ada rasa masam,manis,masin letak pulak timun, kacang panjang lagi..tambah sambal memang terbaik la sangat..

      Delete
  5. wah. resepi baru untuk dicuba ni.. nampak sedap.. nyum2. buatlah tutorial video lak.. leh tengok nanti. heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha tutorial video masih belum pandai buat lagi..

      Delete
  6. Wah sedapnya terima kasih share resepi

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Hihihihi.. Nampak dah sedap makan lagi la sedap

      Delete
  8. Nampak sedap je nasi berlauk kelantan nie , boleh la cuba masak resipi nie (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi berlauk kelantan memey sedap.. Ni pun makan bertambah2

      Delete
  9. Wahh sedapnya nampak! Saya pun memang favourite makan gulai lemak ni. 😍

    ReplyDelete
  10. Aduhh sedapnyaa, makan pula dengan sambal belacan kelate dgn nasi panas2 perghhh!!!. Akak bukan org kelate tp suka makan makanan kelata :)

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh memey sedap sangat tambah pulak budu.. Hahahaha

      Delete
  11. Sedap ni. Kalau duduk kelantan, pagi pagi pun boleh makan nasi berlauk lemak gulai macam ni. Memang best. Duduk kelantan memang heaven dengan makanan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah betul tu.. Loni duk jauh pada kelantan kena buat sendiri la jawabnya hihihihi.. Suami punya febret n

      Delete
  12. thanks for the recepi next time i will try to buat and see! haha

    ReplyDelete
  13. Suka nasi berlauk Kelantan..sedap...selalu beli je kat food court kat opis..cuma sebulan 2 kali la sarapan nasi berlauk..selalu x leh...heheheh

    ReplyDelete
  14. suka makanan kelantan. sedap sangat. neeza paling suka nasi kukus dan nasi kerabu. nasi kak wok pun neeza suka makan

    ReplyDelete
  15. Menarik menu nasi berlauk Kelantan ni..ada sayur semua kan..lada solok tu kalau pandai buat mmg sedap mkn..

    ReplyDelete