Tuesday, October 27, 2020

author photo

Drama Hati Yang Tersakiti Slot Samarinda TV3 | Assalamualaikum... Drama terbaru yang telah disiarkan di slot samarinda pada 15 Oktober lalu, Menampilkan 3 gandingan watak utama iaitu Remy Ishak, Nad Zainal dan Mimi Lana.Siapa pernah layan drama korea The World Of The Married, nak bagitahu drama ni kisahnya lebih kurang sama suami curang dengan kawan baik isterinya. 




Sinopsis Drama Hati Yang Tersakiti

Drama ini mengisahkan Haris (Remy Ishak) dahulunya seorang penghantar surat. Berkat usahanya, dia kini berjaya menjadi seorang usahawan maklumat teknologi (IT).


Manakala Mona ( Nad Zainal) pula seorang lepasan kolej yang berkerja sebagai perunding majlis. Pertemuan pertama kali dengan Haris dan Mona di kolej membibitkan cinta tetapi Farah (Mimi Lana) rasa Haris tidak layak dan tidak setaraf dengan Mona yang berpelajaran tinggi. 


Farah pernah memperkenalkan Mona kepada anak Datuk malahan dia sendiri memilih anak kepada seorang Tan Sri sebagai suaminya.


Farah tidak menjemput Mona ke majlis perkahwinannya. Dia juga tidak hadir ke majlis Mona dengan alasan bekerja.


Selepas berkahwin dengan Adrian ( Riz Amin), Farah sudah tidak menghubungi Mona. Masing-masing telah membawa haluan sendiri dan tidak bertanya khabar berita.


Kini, perkahwinan Haris dan Mona sudah masuk 5 tahun dan dipenuhi dengan kasih sayang dan kebahagian, Haris tidak pernah melalaikan tanggungjawabnya sebagai seorang suami cuma mereka berpeluang mendapatkan cahaya mata sebagai pelengkap perkahwinan. Farah pula menjadi seorang model terkenal dan masih tidak mempunyai anak, malah dia sekarang di dalam proses penceraian. 


Mona dan Farah bertemu kembali, Selepas mengetahui keadaan Farah yang belum mendapatkan tempat tinggal kerana krisis rumah tangga, Mona mempelawa kawan baiknya untuk tinggal dirumahnya buat sementara waktu.


Haris tidak senang dengan kehadiran Farah kerana ia akan menganggu privasi mereka dan mula tetapkan syarat kepada Farah, Akhirnya, Haris akur kerana Mona merasa kasihan dan mahu membantu sahabatnya. 


Farah berterima kasih dengan keprihatinan yang diberikan kepadanya, Lama-kelamaan dalam diam Farah mulai mencemburui kesempurnaan yang dirasai dalam rumah tangga Mona dan makin lama dia juga ingin memilikinya.


Pelakon Drama Hati Yang Tersakiti 

Drama ini mengandingkan pelakon Remy Ishak , Nad Zainal dan Mimi Lana. Turut membantu dalam drama ini adalah Riz Amin, Husna Mustaffa, Meor Mohd, Fad Anuar, Ainana Ahmad, Sharifag Anthash dan Rahim Jailani.


Terbitan Pengarah Dan Produksi

Drama Hati Yang Tersakiti diarahkan oleh Feroz Kader dan diterbitkan oleh syarikat produksi Art Ornament Sdn Bhd.


Berita baik buat korang yang tidak berkesempatan nak menonton drama ni korang juga boleh menonton secara online di aplikasi Viu secara percuma dan eksklusif dari 15 Oktober hingga 10 November 2020. 


Tonton Online Drama Hati Yang Tersakiti


Cara nak menonton Drama Hati Yang Tersakiti ini korang boleh menontonnya di website viu.com ataupun aplikasi viu melalui handphone. 


Apa bakal terjadi dalam drama ni kena tengok sampai akhir la nanti, adakah boleh setanding dengan drama penuh emosi Drama korea The World Of The Married ni. Lagi pulak rasa dah lama Cik Ash tak tengok Nad Zainal berlakon. Last tengok drama yang dia jadi budak OKU tu.

1 komentar:

avatar
Cik Puan Ena delete October 29, 2020 at 8:45 AM

Semua pelakon hebat. Mmg plot cerita bestlah kan. Mimi lana tu bagi watak apa pon menjadi.

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post