Thursday, October 1, 2020

author photo
Drama Bicara Cinta Di Slot Samarinda TV3 | Assalamualaikum...Hai, Lewat bersiaran hari biasa la awal bulan kan hihihi. Siapa layan drama Bicara Cinta lakonan Adi Putra dan Emma Embong ni. Cik Ash ada sempat layan dekat youtube nampak best hihihi. Selalu tak sempat layan dekat TV sebab join mok mentua layan Bidadari Kiriman Tuhan.




Pelakon Drama Bicara Cinta 

Drama ini menyatukan gandingan pelakon Adi Putra dan Emma Embong. Turut membantu dalam drama ini adalah Azrel Ismail,Balkisyh Semundur Khan,Syed Aiman,Beego,Khalida Balqis,Eizlan Yusof, Lisdawati, Khaty Azian.

Terbitan Pengarah Dan Produksi

Drama Bicara Cinta diarahkan oleh Along Kamaludin dan diterbitkan oleh Primeworks Studio. Mula ditayangkan pada 21 September 2020, setiap Isnin hingga Jumaat jam pukul 10.00 malam. Drama ada 16 episode.


Sinopsis Drama Bicara Cinta
Mengisahkan Anis Sofea yang baru kehilangan kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan jalan raya.Penjaganya,Tok Ali dan Nenek Humairah,memujuj Anis untuk berkahwin dengan Adee kerana ingin memastikan kehidupan Anis terjaga.

Awalnya, sukar untuk Anis dan Adee hidup bersama apatah lagi dengan perbezaan umur hampir 20 tahun di antara mereka. Namun, bibit cinta dan kasih sayang mula dirasai. Pada suatu hari, Adee tidak pulang dari hutan. Anis sekali lagi diuji dengan kehilangan orang tersayang.

Biarpun sukar untuk berdepan dugaan yang dihadapi, Anis harus tabah kerana kini dia perlu memikirkan masa depan anak mereka, Hanim.

This post have 0 komentar

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post