Tuesday, December 8, 2020

author photo

Tershopping Dekat Shopee Lagi | Assalamualaikum...Berhantu sungguh shoppe ni, dalam bulan November aritu dua kali tershopping lagi. Hahaha, Suami nak belanja Cik Ash hahaha, apa lagi kita pilih barang yang nak alang-alang dia nak order kerusi solat. 


shopee


Barang yang Cik Ash masukkan dalam troli aritu sebenarnya banyak hahaha, Cik Ash ambik yang penting jer dulu, sebab nak guna kan. Rambang mata tengok semua nak beli dekat shopee tu. Tambahan pulak akan ada jualan besar akhir tahun pada 12.12.2020 ni mesti la ramai yang akan bershopping ni. Nampaknya Cik Ash akan shopping lagi nanti tunggu la apa barang yang seterusnya hahaha. Aduhaiii bila dah pandai membeli di shopee. Jom la tengok barang yang Cik Ash shopping dekat shopee ni, iaitu kerusi untuk solat , barang yang suami nak sponsor adalah baju tidur dan tisu magic. hahaha. 


👉Baca Artikel : Bila Dah Pandai Guna Shopee Ni


Kerusi Lipat Solat Pelbagai Guna ni suami Cik Ash beli sebab untuk kegunaannya  suami mudah untuk bersolat nanti. Tambah sekarang dengan norma baharu, nak bawa kerusi ni pergi sembanyang Jumaat mudah ringan dan senang. Seller kerusi bagus dia balas chat dan ada beri free gift buku belajar doa untuk kanak-kanak.



Nak Shopping  Kerusi : Kerusi Lipat Solat Pelbagai Guna


Manakala untuk barang kedua iaitu Multi Purpose Cleaning Wipes ni pulak Cik Ash beli sebab ada ternampak blogger kongsi dekat blog beliau tu yang terbeli terus 3 sampai buat stock senang. Kalau order boleh klik di bawah.



Nak Shopping Tisu : Multi-purpose Cleaning Wipes - 30 Sheets


Barang yang ketiga Cik Ash shopping adalah baju tidur yang ni paling suka sebab suami sponsor hahaha, baju tidur ni Cik Ash tengok waktu seller live masa dia duk live baju yang kita nak kena lock dengan code dia bagi. Cik Ash lock 3 baju tidur ada harga RM10,RM6, dan RM8. Lepas dah lock kena chat dengan seller tu. Semuanyan RM24 ringgit dapat free shipping. Baju tidur bundle kualiti ok jer sangat. Tetapi kalau korang yang jenis cerewet tak digalakkan nak beli hahaha. Yang paling best dapat free gift lagi. 



Nak Shopping Baju Tidur : NRH SHOP


Tambah pulak shopee sekarang boleh guna shopee pay, senang la nak shopping dekat sana. Hihihi. Rasa bulan ni ada lagi nak shopping tahun ni paling banyak bershopping hahaha. Aduhaiiii... 

This post have 3 komentar

avatar
Sii Nurul delete December 8, 2020 at 10:51 AM

haha lawak pula tajuk tu kak.. aiihh.. kuat godaan shopee nie kan haha

Reply
avatar
Cik Ash delete December 8, 2020 at 5:40 PM

Nurulatika Yunus : hihihi saja2 buat tajuk gitu.. Shopee memang mengida sungguh hahha

Reply
avatar
Cuya delete December 8, 2020 at 11:42 PM


Hai,jemput join GA saya :)
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

Reply

ash.rie8506@gmail.com

EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post